Permohonan Kemasukan ASWARA Sesi 2023/2024

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) telah membuka permohonan kemasukan kepada pelajar baharu yang berminat untuk menyambung pengajian mereka di institusi ini bagi sesi akademik 2023/2024.

ASWARA merupakan satu-satunya Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam bidang persembahan yang didokongi sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dibawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.

Institusi ini telah ditubuhkan pada tahun 1994 dengan dikenali sebagai Akademi Seni Kebangsaan (ASK) sebelum ditukar kepada ASWARA pada 1 Ogos 2006.

Oleh itu, pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang seni budaya dan warisan boleh membuat permohonan kemasukan sebelum 14 Julai 2023 bagi Asasi Seni Kreatif, 4 Ogos 2023 bagi Ijazah Sarjana dan Kedoktoran dan 18 Ogos 2023 bagi Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.

Program Yang Ditawarkan

Program yang ditawarkan di institusi ini adalah seperti berikut:

i) Pusat Pengajian Asasi Seni Kreatif

  • Asasi Seni Kreatif (Sepenuh Masa)

ii) Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem

  • Diploma Penulisan Kreatif (Sepenuh Masa)
  • Diploma Filem dan Video (Sepenuh Masa)
  • Ijazah Sarjana Muda Penulisan dengan Kepujian (Penulisan Kreatif) (Sepenuh Masa)
  • Ijazah Sarjana Muda Penulisan dengan Kepujian (Penulisan Filem dan Televisyen) (Sepenuh Masa)
  • Ijazah Sarjana Muda Filem dan Video dengan Kepujian (Pengarahan) (Sepenuh Masa)
  • Ijazah Sarjana Muda Filem dan Video dengan Kepujian (Sinematografi) (Sepenuh Masa)
  • Ijazah Sarjana Muda Filem dan Televisyen dengan Kepujian (Sepenuh Masa)
  • Ijazah Sarjana Kreatif
  • Ijazah Kedoktoran Seni Kreatif

iii) Fakulti Animasi dan Multimedia

  • Diploma Animasi (Sepenuh Masa)
  • Ijazah Sarjana Muda Animasi dengan Kepujian (Sepenuh Masa)
  • Ijazah Sarjana Muda Seni Permainan Digital dengan Kepujian (Sepenuh Masa)

iv) Fakulti Muzik

  • Diploma Seni Muzik (Sepenuh Masa)
  • Ijazah Sarjana Muda Muzik dengan Kepujian (Persembahan) (Sepenuh Masa)
  • Ijazah Sarjana Muda Muzik dengan Kepujian (Komposisi dan Gubahan) (Sepenuh Masa)
  • Ijazah Sarjana Muda Muzik dengan Kepujian (Produksi Audio) (Sepenuh Masa)

v) Fakulti Seni Halus

  • Diploma Rekaan Komunikasi Visual (Sepenuh Masa)
  • Diploma Seni Halus (Sepenuh Masa)
  • Ijazah Sarjana Seni Reka Visual dengan Kepujian (Sepenuh Masa)

vi) Fakulti Teater

  • Diploma Teater (Sepenuh Masa)
  • Ijazah Sarjana Muda Teater dengan Kepujian (Lakonan) (Sepenuh Masa)
  • Ijazah Sarjana Muda Teater dengan Kepujian (Pengarahan) (Sepenuh Masa)
  • Ijazah Sarjana Muda Teater dengan Kepujian (Sinografi) (Sepenuh Masa)

vii) Fakulti Tari

  • Diploma Seni Tari (Sepenuh Masa)
  • Ijazah Sarjana Muda Tari dengan Kepujian (Persembahan) (Sepenuh Masa)
  • Ijazah Sarjana Muda Tari dengan Kepujian (Koreografi) (Sepenuh Masa)

viii) Fakulti Pengurusan Seni, Budaya dan Warisan

  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Seni dan Budaya dengan Kepujian (Sepenuh Masa)

Syarat Am Kemasukan

Syarat am kemasukan yang ditetapkan adalah seperti berikut mengikut peringkat pengajian:

i) Asasi

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian 5 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu; atau
  2. Lulus Unified Examination Certificate (UEC) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam 3 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu; atau
  3. Lulus O-LEVEL dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam 5 mata pelajaran; atau
  4. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA); dan
  5. Lulus temu duga yang telah ditetapkan oleh ASWARA.

ii) Diploma

  1. Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai Kad Pengenalan/MyKad sahaja; dan
  2. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam 3 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah; atau
  3. Memiliki Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan melepasi Kesetaraan SVM dengan 3 kredit Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti berikut:
    – Kepujian Bahasa Melayu 1104
    – PNGK Akademik sekurang-kurangnya 2.00
    – PNGK Vokasional sekurang-kurangnya 2.67
    – Kompeten semua modul vokasional; dan
    – Lulus mata pelajaran Sejarah SPM (Sejarah 1251 bagi calon Sijil Vokasional Malaysia (SVM) kohort 2013-2016); atau
  4. Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan dan; Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya kepujian dalam 1 mata pelajaran dan melalui program pengukuhan (sekiranya perlu); atau
  5. Lulus Sijil Kolej Komuniti (SKK) yang setara Tahap 3 Malaysian Qualifications Framework (MQF) dalam bidang berkaitan dan Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang- kurangnya kepujian dalam 1 mata pelajaran dan; Melalui program pengukuhan (sekiranya perlu); atau
  6. Lulus Sijil Tahap 3 Malaysian Qualification Framework (MQF) dalam bidang berkaitan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; atau
  7. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setara, dengan minimum Gred C (NGMP 2.00), dalam 1 mata pelajaran; atau
  8. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan pangkat Maqbul; atau
  9. Melalui Kemasukan APEL dan Lulus Penilaian APEL oleh Malaysian Qualification Agency (MQA); dan
  10. Mempunyai pengalaman dan pengetahuan asas dalam bidang yang dimohon; dan
  11. Lulus temuduga dan ujibakat yang telah ditetapkan oleh ASWARA.

iii) Ijazah Sarjana Muda

  1. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setara, mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am; atau
  2. Lulus Asasi Seni Kreatif ASWARA atau Matrikulasi/Foundation/Asasi dari mana-mana UA/IPTS dengan mendapatkan PNGK 2.00; atau
  3. Diploma ASWARA atau Diploma Lain Tahap 4 Malaysian Qualifications Framework (MQF) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf; atau
  4. Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dan melepasi kesetaraan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dengan 3 kredit Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti berikut:
    – Kepujian Bahasa Melayu 1104
    – PNGK Akademik sekurang-kurangnya 2.00
    – PNGK Vokasional sekurang-kurangnya 2.67
    – Kompeten semua modul vokasional; dan
    – Lulus mata pelajaran Sejarah SPM
    (Sejarah 1251 bagi calon Sijil Vokasional Malaysia (SVM) kohort 2013-2016) (Bagi kohort 2017 ke atas, ketetapan adalah berdasarkan artikulasi Technical and Vocational Education and Training (TVET); atau
  5. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid, dan Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf; atau
  6. Melalui Kemasukan APEL dan Lulus Penilaian APEL oleh Malaysian Qualification Agency (MQA); dan
  7. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET); dan
  8. Mempunyai pengalaman dan pengetahuan asas dalam bidang yang dimohon; dan
  9. Lulus temuduga dan ujibakat yang telah ditetapkan oleh ASWARA.

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

i) Peringkat Asasi/Diploma/Ijazah Sarjana Muda

  1. Layari laman web permohonan iaitu http://sms.aswara.edu.my/aswaraweb/.
  2. Klik bahagian ‘Borang Permohonan Online.’
  3. Klik bahagian ‘Daftar Di Sini.’
  4. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  5. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  6. Ikuti arahan dan isi maklumat permohonan dengan lengkap.
  7. Hantar permohonan tersebut.

ii) Peringkat Pascasiswazah

  1. Layari pautan permohonan iaitu https://forms.gle/zWX7NbU7x51ze6eU7.
  2. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  3. Pastikan semua maklumat diisi.
  4. Hantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai kemasukan ke ASWARA, sila layari laman web https://www.aswara.edu.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: