Permohonan Kemasukan Darul Kifayah MAIWP

Majlis Agama Islam WIlayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka permohonan kemasukan bagi pelajar baharu Darul Kifayah.

Darul Kifayah merupakan institusi yang telah ditubuhkan pada tahun 1983 untuk bagi menjaga kesejahteraan anak yatim, saudara baru dan pelajar-pelajar miskin.

Institusi ini menyediakan tempat kediaman sementara, memberi bimbingan agama dan akhlak dan mengadakan kemudahan pendidikan yang sempurna kepada mereka.

Darul Kifayah kini beroperasi di premis MAIWP di Lot 28188, Jalan 36/10, Taman Koperasi Polis Fasa 2, Kuala Lumpur.

Permohonan kemasukan boleh dibuat sekarang sehingga 28 Jun 2022.

Kemudahan Yang Disediakan

Kemudahan yang disediakan di institusi ini adalah seperti berikut:

  • Blok Pentadbiran
  • Blok Akademik
  • Blok Penginapan Pelajar Lelaki
  • Blok Penginapan Pelajar Perempuan
  • Dewan Serbaguna yang dapat menampung 1000 orang
  • Makmal Komputer
  • Perpustakaan 
  • Surau Jumaat
  • Blok Kuarters Kakitangan 5 tingkat (20 unit)
  • 5 Unit Kuarters Kakitangan
  • Post Kawalan Keselamatan
  • Padang Permainan
  • Padang Bola Jaring
  • Gelanggang Badminton & Takraw
  • Pembiayaan kos persekolahan yang menyeluruh
  • Makan Minum Harian
  • Pengangkutan pergi balik sekolah
  • Bantuan pakaian Hari raya
  • Bantuan perubatan dan lain-lain

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon sebelum memohon adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Beragama Islam.
  3. Yatim, yatim piatu, asnaf fakir, miskin, dan muallaf.
  4. Berumur di antara 11 hingga 17 tahun.
  5. Sihat tubuh badan dan fizikal.
  6. Mampu membaca Al-Quran dengan baik.
  7. Masih bersekolah dan mempunyai latar belakang akademik yang baik.
  8. Mempunyai tingkahlaku dan akhlak yang baik.
  9. Tidak pernah dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah.
  10. Tidak mempunyai rekod jenayah atau salah laku akhlak.
  11. Tidak mempunyai kecacatan mental.

Tatacara Permohonan

Bagi mereka yang memenuhi syarat-syarat permohonan, permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Klik pautan berikut https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/borang-permohonan-ke-darul-kifayah-kuala-lumpur.
  2. Klik butang “Download.”
  3. Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap.
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan dengan lengkap.
  5. Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:

    Kompleks Darul Kifayah,
    Lot 28188, Jalan 36/10,
    Taman Koperasi Polis Fasa 2,
    68100 Batu Caves,
    Kuala Lumpur.

Dokumen Yang Diperlukan

Semua dokumen yang diperlukan ini perlu dihantar bersama borang permohonan:

  1. Satu salinan sijil kelahiran/kad pengenalan pemohondan ibu/bapa/penjaga.
  2. Satu salinan sijil kematian ibu/bapa atau sijil perceraian atau pengislaman.
  3. Satu salinan keputusan peperiksaan terkini pertengahan tahun.
  4. Satu salinan sijil peperiksaan UPSR/UPSRA/UPKK/PMR.
  5. Satu salinan slip gaji ibu/bapa/penjaga.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai kemasukan ke Darul Kifayah, sila hantar emel ke [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *