Permohonan Kemasukan Institusi TVET MARA Sesi Julai 2022

Institusi TVET di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) boleh menjadi pilihan pelajar untuk menyambung pengajian apabila kemasukan bagi sesi Julai 2022 telah dibuka.

Terdapat 3 institusi TVET di bawah MARA yang menawarkan program terbabit seperti:

  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
  • MARA Japan Industrial Institute (MJII)
  • Institut Kemahiran MARA (IKM)

Terdapat 14 buah kampus bagi ketiga-tiga institusi ini yang mana IKM kini mempunyai 14 buah kampus, KKTM mempunyai 10 buah kampus, dan MJII mempunyai sebuah sehingga hari ini.

Permohonan bagi kemasukan institusi TVET MARA sesi Julai 2021 boleh dibuat sehingga 30 April 2022.

Keistimewaan Institusi TVET MARA

Pelajara yang menyambung pengajian di institusi TVET MARA akan menikmati beberapa keistimewaan seperti:

  • Yuran pengajian ditanggung oleh MARA.
  • Elaun sara hidup.
  • Asrama atau penginapan disediakan.
  • Peluang melanjutkan pengajian dalam dan luar negara.
  • Pengiktirafan MQA, JPK, industri dan juga badan profesional.

Senarai Institusi TVET MARA

Sebanyak 14 institusi TVET MARA di seluruh negara iaitu:

i) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)

  • KKTM Petaling Jaya
  • KKTM Balik Pulau
  • KKTM Kemaman
  • KKTM Rembau
  • KKTM Lenggong
  • KKTM Kuantan
  • KKTM Ledang
  • KKTM Masjid Tanah
  • KKTM Sri Gading
  • KKTM Pasir Mas

ii) Institut Kemahiran MARA (IKM)

  • IKM Sungai Petani
  • IKM Alor Star
  • IKM Beseri
  • IKM Sik
  • IKM Besut
  • IKM Seberang Perai Utara
  • IKM Lumut
  • IKM Kuala Lumpur
  • IKM Tan Sri Yahya Ahmad, Peramu Jaya
  • IKM Johor Bahru
  • IKM Jasin
  • IKM Kota Kinabalu
  • IKM Kuching
  • IKM Bintulu

ii) Japan Industrial Institute (MJII)

  • MJII Beranang

Syarat Umum

Kemasukan ke institusi ini perlu memenuhi syarat umum yang ditetapkan iaitu:

  1. Pemohon ialah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon merupakan taraf Bumiputera atau Bumiputera Sabah dan Sarawak.
  3. Pemohon telah berumur 17 tahun ke atas.
  4. Pemohon sihat tubuh badan.
  5. Pemohon lulus SPM atau setara.

Syarat Khusus

Selain syarat umum, pemohon juga perlu memenuhi syarat khusus seperti:

i) Peringkat Sijil

  • Lulus SPM atau setara dengan sekurang-kurangnya:
    – Mempunyai 1 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran.
    – Lulus mata pelajaran Matematik.

ii) Peringkat Diploma

  • Lulus peperiksaan SPM atau setara dengan 3 kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    – Mata pelajaran Matematik.
    – Mana-mana 1 mata pelajaran mengikut kumpulan Sains/Vokasional & Teknologi/Vokasional (MPV)/Aliran Vokasional (MPAV).
    – Mana-mana 1 mata pelajaran lain.
    – Lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Cara Memohon

Permohonan kemasukan boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web IPMa iaitu https://apponline.mara.gov.my/spupim/.
  2. Klik di bahagian ‘Pengguna Baru.’
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Hantar.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang diberikan.
  5. Klik butang ‘Permohonan.’
  6. Masukkan semua maklumat yang diperlukan.
  7. Tandakan pada kotak pengakuan dan klik butang ‘Hantar.’

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai kemasukan ke institusi TVET MARA, sila hubungi:

  • Unit Pengambilan Pelajar: 03-2613 4605/34598/34589
  • Unit Promosi: 03-26134581
  • Whatsapp: 013-9498063
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: