Kemasukan Maktab Mahmud & Maahad Tahfiz Darul Aman 23/24

Permohonan bagi kemasukan sesi 2023/2023 untuk Maktab Mahmud dan Maahad Tahfiz Darul Aman yang terletak di Negeri Kedah akan dibuka.

Untuk makluman, permohonan ini bagi kedua-dua sekolah tersebut hanya dibuka untuk kemasukan ke Tingkatan 1 sahaja.

Bagi pemohon yang berminat, permohonan boleh dibuat secara online mulai 16 Januari sehingga 25 Januari 2023.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi permohonan kemasukan ke sekolah ini adalah seperti berikut:

i) Maktab Mahmud

  1. Warganegara Malaysia dan dilahirkan pada tahun 2010.
  2. Mencapai TP4 dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 6 sesi 2022/2023 bagi 4 mata pelajaran dan TP3 bagi lain-lain mata pelajaran.
  3. Lulus dengan cemerlang Ujian Kemasukan Tingkatan 1 Maktab Mahmud.

ii) Maahad Tahfiz Darul Aman

  1. Warganegara Malaysia dan dilahirkan pada tahun 2010.
  2. Mencapai sekurang-kurangnya TP5 dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 6 sesi 2022/2023 bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains.

Pembelian Pin

Untuk membuat permohonan, pemohon perlu membeli no pin terlebih dahulu yang dibeli dengan menggunakan Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) berjumlah RM10.00.

Pembelian pin ini boleh dibeli di:

  • Maahad Tahfiz Darul Aman, Kulim
  • Pejabat Lembaga Maktab Mahmud, Alor Setar

Tatacara Permohonan

Permohonan bagi kemasukan ke kedua-dua sekolah terbabit boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://www.lmm.gov.my/.
  2. Klik “e-pendaftaran.”
  3. Ikuti arahan dan lengkapkan permohonan.

Pengumuman Keputusan & Rayuan

Pengumuman keputusan permohonan akan dikeluarkan pada 23 Februari 2023.

Bagi permohonan tidak berjaya bagi kemasukan ke Maktab Mahmud, rayuan boleh dibuat mulai 23 Februari sehingga 28 Februari 2023.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai kemasukan Tingkatan 1 ke kedua-dua sekolah ini sesi 2023/2024, sila layari laman web https://www.lmm.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: