MRSM 2024: Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 & 4

Murid yang berminat untuk memasuki Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) 2024 untuk Tingkatan 1 dan 4 adalah dialukan membuat permohonan bermula 15 September 2023.

MRSM merupakan institusi pendidikan di bawah MARA yang ditubuhkan pada Februari 1972 yang memberikan kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada murid-murid Bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.

Murid yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum adalah dialu-alukan untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa. 

Bagi mereka yang berminat bagi kemasukan MRSM 2024, mereka perlu membuat permohonan secara atas talian sehingga 20 Oktober 2023.

Program Pendidikan MRSM 2024

Program pendidikan MRSM terbahagi kepada 6 program iaitu:

  • MRSM Program Premier
  • MRSM Program International General Certificate of Secondary Education (IGCSE)
  • MRSM Program Ulul Albab
  • MRSM Program Teknikal
  • MRSM Program IB-MYP
  • MRSM Program Bitara

i) MRSM Program Premier

Program ini menawarkan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.

Murid-murid yang mengikuti program ini akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Terdapat 31 lokasi MRSM yang melaksanakan program MRSM Premier ini iaitu:

  • MRSM Batu Pahat, Johor
  • MRSM Mersing, Johor
  • MRSM Muar, Johor
  • MRSM Baling, Kedah
  • MRSM Merbok, Kedah
  • MRSM Pendang, Kedah
  • MRSM PDRM, Kulim Kedah
  • MRSM Arau, Perlis
  • MRSM Beseri, Perlis
  • MRSM Felda, Sungkai Perak
  • MRSM Gerik, Perak
  • MRSM Lenggong, Perak
  • MRSM Pasir Salak, Perak
  • MRSM Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar Perak
  • MRSM Pengkalan Hulu, Perak
  • MRSM Jeli, Kelantan
  • MRSM Kuala Krai, Kelantan
  • MRSM Pasir Tumboh, Kelantan
  • MRSM Kuala Berang, Terengganu
  • MRSM Kuala Terengganu, Terengganu
  • MRSM Besut, Terengganu
  • MRSM Muadzam Shah, Pahang
  • MRSM Tun Ghazali Shafie, Kuala Lipis Pahang
  • MRSM Transkrian, Nibong Tebal Pulau Pinang
  • MRSM Tun Mustapha, Tawau Sabah
  • MRSM Kota Kinabalu, Sabah
  • MRSM Mukah, Sarawak
  • MRSM Betong, Sarawak
  • MRSM Kuching, Sarawak
  • MRSM Terendak, Melaka
  • MRSM Serting, Negeri Sembilan

ii) MRSM Program IGCSE

Program ini menawarkan peluang kepada murid untuk mengikuti kurikulum antarabangsa seawal umur 13 tahun lagi menerusi kurikulum Cambridge Syllabus yang diiktiraf di seluruh dunia setaraf British GCSE dan International GCE O Level.

Murid-murid yang mengambil program ini akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

Sebanyak 12 MRSM yang menawarkan Program IGCSE adalah seperti berikut:

  • MRSM Johor Bahru, Johor
  • MRSM Kubang Pasu, Kedah
  • MRSM Langkawi, Kedah
  • MRSM Tumpat, Kelantan
  • MRSM Alor Gajah, Melaka
  • MRSM Kuala Klawang, Negeri Sembilan
  • MRSM Kuantan, Pahang
  • MRSM Tun Abdul Razak, Pahang
  • MRSM Parit, Perak
  • MRSM Kota Kinabalu, Sabah
  • MRSM Kuching, Sarawak
  • MRSM Kuala Kubu Bharu, Selangor

iii) MRSM Program Ulul Albab

Program ini menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.

Murid-murid di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah termasuk program nilai tambah Tahfiz al-Quran.

7 lokasi MRSM yang menawarkan program Ulul Albab iaitu:

  • MRSM Kota Putra, Terengganu
  • MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan
  • MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang
  • MRSM Sungai Besar, Selangor
  • MRSM Semporna, Sabah
  • MRSM ATM Bera, Pahang
  • MRSM Bagan Datuk, Perak

iv) MRSM Program Teknikal

Program ini menawarkan elemen teknikal melalui mata pelajaran Sains Kejuruteraan seperti ilmu Kejuruteraan Robotik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrikal dan Internet of Things (IoT) yang bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Murid-murid yang mengambil program ini akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

Hanya 1 MRSM yang menawarkan program teknikal iaitu:

  • MRSM Bentong, Pahang
MRSM 2024

v) MRSM Program IB-MYP

Program ini menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MARA berteraskan STEM dengan mengintegrasikan kurikulum International Baccaleurate-Middle Year Programme yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.

Murid-murid yang mengambil program ini akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

3 lokasi MRSM yang menawarkan program ini adalah seperti berikut:

  • MRSM Tun Dr Ismail, Johor
  • MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang
  • MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens, Sandakan Sabah
MRSM 2024

vi) MRSM Program Bitara

Program ini menawarkan pendidikan kepada murid yang mempunyai pencapaian akademik tinggi melalui pendekatan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat serta potensi murid (gifted & talented).

Murid-murid yang mengambil program ini akan melaksanakan modifikasi kurikulum melalui pendekatan pemadatan, pelebaran dan pedalaman (compacting, breadth and depth) bagi melahirkan murid yang mempamerkan perlakuan bestari (gifted behavior).

3 lokasi MRSM yang menawarkan program Bitara iaitu:

  • MRSM Taiping, Perak
  • MRSM Tun Ghafar Baba, Melaka
  • MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan
MRSM 2024

Syarat Kemasukan MRSM 2024

Syarat kemasukan yang ditetapkan bagi murid yang berminat untuk memasuki MRSM sama ada Tingkatan 1 atau 4 adalah:

  1. Calon warganegara Malaysia.
  2. Ibu dan/atau bapa ialah warganegara Malaysia.
  3. Calon boleh memohon online dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
  4. Calon sihat tubuh badan dan boleh berdikari.
  5. Calon lahir pada 2 Jan 2011 hingga 1 Jan 2012 bagi calon Tingkatan 1 2024 atau lahir pada 2 Jan 2008 hingga 1 Jan 2009 bagi calon Tingkatan 4 2024.
  6. Calon dari sekolah kebangsaan (tahun 1 hinga 6) atau sekolah menengah kebangsaan (Tingkatan 1 hingga 3) sahaja.
  7. Ibu bapa atau penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.
  8. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Tacara Permohonan

Tatacara permohonan boleh dirujuk menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/
  2. Tandakan pada kotak pengakuan dan klik butang ‘Setuju.’
  3. Klik “Klik Di Sini” sama ada untuk permohonan Tingkatan 1 atau Tingkatan 4.
  4. Klik “Daftar Pengguna.”
  5. Isikan nombor kad pengenalan calon Tingkatan 1 atau Tingkatan 4 dan klik “Hantar.”
  6. Isi maklumat yang diperlukan dan klik “Hantar.”
  7. Login dengan memasukkan no kad pengenalan calon dan kata laluan.
  8. Ini dan lengkapkan semua maklumat pemohon, ibu, bapa dan penjaga, pendapatan keluarga, pilihan program, dan MRSM di ruangan yang disediakan.
  9. Tandakan pada kotak perakuan pemohon.
  10. Klik “Hantar” untuk mengjantar permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai kemasukan ke MRSM 2024, sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4222.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: