Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka permohonan bagi kemasukan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas untuk Tingkatan 1 dan 4 ambilan tahun 2023.
Permohonan kemasukan ini adalah untuk Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK), Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV), dan Kolej Vokasional Keningau, Sabah.
Oleh itu, ibu bapa yang ingin memasukkan anak-anak mereka di sekolah ini boleh membuat permohonan mulai 4 September hingga 21 Oktober 2022.
Mengenai Murid Berkeperluan Khas
Murid berkeperluan pendidikan khas ertinya kanak-kanak yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi mengikut mana-mana yang berkenaan sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak sebagai murid yang mempunyai ketidakupayaan tertentu.
Sebanyak 6 kategori murid berkeperluan khas iaitu:
- Kurang Upaya Pendengaran
- Kurang Upaya Penglihatan
- Kurang Upaya Pertuturan
- Kurang Upaya Fizikal
- Masalah Pembelajaran
- Pelbagai (Multiple Disabilities)
Senarai Sekolah
Senarai sekolah yang boleh dipohoh untuk kemasukan ini adalah seperti berikut:
- SMKPK Setapak, Kuala Lumpur
- SMKPK Persekutuan, Pulau Pinang
- SMKPK Bumbong Lima, Pulau Pinang
- SMPKV Shah Alam, Selangor
- SMPKV Indahpura, Johor
- SMPKV Kuantan, Pahang
- SMPKV Merbok, Kedah
- Kolej Vokasional Keningau, Sabah
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk kemasukan ke sekolah ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Calon mesti dari sekolah kerajaan/bantuan kerajaan.
- Sihat tubuh badan dan tiada penyakit kronik.
- Pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
- Berkeupayaan mengurus diri.
Tatacara Permohonan
Tatacara permohonan untuk memohon kemasukan ke sekolah ini adalah seperti berikut:
- Layari laman web https://epkhas.moe.gov.my/.
- Klik bahagian ‘Login’ dan klik ‘Login Ibu Bapa/Penjaga.’
- Klik bahagian ‘Daftar Pengguna.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Lengkapkan maklumat berikut:
– Maklumat murid
– Maklumat ibu bapa/penjaga
– Maklumat akademik/kemahiran
– Penglibatan kokurikulum/jawatan
– Maklumat disiplin - Buat pengesahan dan hantar.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai kemasukan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas untuk Tingkatan 1 dan 4 tahun 2023, sila layari laman web https://epkhas.moe.gov.my/.