Permohonan Kemasukan Murid Tahun 1 SRA JAWI 2024/2025

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan membuka permohonan bagi ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka ke Tahun 1 di Sekolah Rendah Agama (SRA JAWI) bagi tahun 2024/2025.

Sekolah Rendah Agama JAWI merupakan institusi pendidikan di bawah JAWI yang menyediakan pendidikan agama peringkat rendah bermula daripada Tahun 1 sehingga Tahun 6.

Murid-murid yang bersekolah di sekolah SRA JAWI ini kemudiannya akan mengikuti Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) bagi melengkapkan persekolahan mereka di sekolah tersebut.

Oleh itu, ibu bapa yang berminat boleh membuat permohonan kemasukan ke SRA JAWI boleh dibuat mulai 1 Mei 2023 sehingga 31 Mei 2023 secara atas talian.

Syarat Kemasukan SRA JAWI

Syarat untuk memohon kemasukan ke sekolah ini adalah seperti berikut:

  1. Kanak-kanak lahir pada 2 Januari 2017 sehingga 1 Januari 2018.
  2. Permohonan perlu dibuat secara atas talian sahaja.

Senarai Sekolah

Senarai sekolah ini di seluruh Wilayah Persekutuan boleh dirujuk melalui pautan https://www.jawi.gov.my/index.php/component/institution/items.

Tatacara Permohonan SRA JAWI

Untuk membuat permohonan, ibu bapa boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan permohonan iaitu https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdDCOQKRO_h0yFFjHB5N4hL2LvcF5Or7BHHT_W36RNPOnHDTA/viewform.
  2. Isi maklumat permohonan yang ditetapkan dan klik butang ‘Next’ dalam setiap paparan.
  3. Setelah semua maklumat diisi, klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai kemasukan Sekolah Rendah Agama JAWI Tahun 1 sesi 2023 boleh dirujuk melalui laman web https://www.jawi.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: