Permohonan Kemasukan Murid Tahun 1 SRA JAWI Sesi 2023

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah membuka permohonan bagi ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka ke Tahun 1 di Sekolah Rendah Agama (SRA) JAWI bagi tahun 2023.

SRA JAWI merupakan institusi pendidikan di bawah JAWI yang menyediakan pendidikan agama peringkat rendah bermula daripada Tahun 1 sehingga Tahun 6.

Murid-murid yang bersekolah di sekolah SRA JAWI ini kemudiannya akan mengikuti Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) bagi melengkapkan persekolahan mereka di sekolah tersebut.

Oleh itu, ibu bapa yang berminat boleh membuat permohonan kemasukan ke SRA JAWI boleh dibuat mulai 1 April 2022 sehingga 25 April 2022 secara atas talian.

Tatacara Permohonan

Untuk membuat permohonan, ibu bapa boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan permohonan iaitu https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeNopokjoj-oT9zkZzSXe9hSsZnZKi30ymsonJ0EYNIqkU9cA/viewform?fbclid=IwAR19zkvrghCIzEUSvLo8F92K6JHfaY0X9-hW-YwjZhFNogiptdgbyDYMP7E.
  2. Isi maklumat permohonan yang ditetapkan dan klik butang ‘Next’ dalam setiap paparan.
  3. Setelah semua maklumat diisi, klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan kemasukan ke SRA JAWI bagi Tahun 1 2023 akan dikeluarkan pada 16 Mei hingga 20 Mei 2022.

Ini selepas pihak JAWI mengadakan Bengkel Pemilihan Murid Tahun 1 oleh JK Pemilihan Pentadbiran SRA pada 25 sehingga 30 April 2022.

Pihak sekolah akan mengeluarkan keputusan permohonan pendaftaran sama ada berjaya atau tidak melalui email yang telah didaftarkan oleh ibu bapa/penjaga.

Pengesahan Pendaftaran

Bagi permohonan yang berjaya, ibu bapa perlu membuat pengesahan pendaftaran di pejabat sekolah pada 1 Jun sehingga 18 Jun 2022.

Ibu bapa perlu membawa dokumen berikut semasa membuat pengesahan pendaftaran:

  1. Salinan Sijil Lahir anak (1 keping)
  2. Salinan Kad Pengenalan Ibu bapa/Penjaga (1 keping)
  3. Salinan surat nikah/surat cerai ibubapa.
  4. Salinan bil utiliti (letrik, air untuk bukti tempat tinggal).
  5. Laporan kesihatan doktor (jika berkaitan) dan 3 keping gambar anak berukuran passport.

Hari Orientasi

Murid-murid yang memasuki SRA JAWI Tahun 1 sesi 2023 akan menyertai hari orientasi pada Februari 2023.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai kemasukan SRA JAWI Tahun 1 sesi 2023 boleh dirujuk melalui laman web https://www.jawi.gov.my/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *