Permohonan Kemasukan PERDA-TECH Sesi Januari 2024

Bagi individu yang ingin menyambung pengajian di peringkat Sijil dan Diploma, Institut Kemahiran Tinggi Perda (PERDA-TECH) menawarkan pengajian di peringkat Sijil dan Diploma di institut terbabit.

Pengenalan PERDA-TECH

PERDA-TECH ialah sebuah institusi di bawah Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) yang terletak di Bukit Panchor, Nibong Tebal menawarkan pelbagai latihan kemahiran kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia di peringkat Sijil dan Diploma.

Menariknya, institusi ini juga telah diiktiraf sebagai Pusat Bertauliah, Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Pembangunan Sumber Manusia bagi mengeluarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Permohonan kemasukan ke institut ini bagi sesi Januari 2024 boleh dibuat sebelum 24 Disember 2023 secara online.

Kemudahan Yang Disediakan di PERDA-TECH

Kemudahan yang disediakan di institut ini untuk pelajar adalah seperti berikut:

  • Yuran pengajian PERCUMA (ditanggung oleh Kerajaan)
  • Elaun sara diri – RM250.00 sebulan sepanjang tempoh pengajian (kecuali peringkat diploma)
  • Penginapan & pakaian kursus disediakan (kecuali peringkat diploma)

Program Yang Ditawarkan

Program yang ditawarkan kepada pelajar yang menyambung pengajian di institut ini adalah seperti berikut:

i) Sijil Kemahiran Khas (SAKTI)

  • Sijil Kemahiran Khas Fabrikasi Logam
  • Sijil Kemahiran Khas Mekanik (Automotif)
  • Sijil Kemahiran Khas Jahitan & Potongan Baju
  • Sijil Kemahiran Khas Elektrik
  • Sijil Kemahiran Khas Teknologi Komputer

Syarat Am

Syarat am untuk kemasukan ke institut ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Tempoh pengajian adalah 5 bulan.
  3. Peluang melanjutkan pelajaran di peringkat seterusnya (tertakluk kepada terma dan syarat).
  4. Pelajar juga akan diberi set tool box bagi kemudahan belajar (tertakluk kepada terma dan syarat).
  5. Boleh membaca, menulis, dan mengira.
  6. Belum berkahwin.
  7. Sihat tubuh badan.
  8. Berumur 16 hingga 30 tahun.
  9. Berminat dengan kemahiran.
  10. Tidak mengalami masalah rabun warna.

Kaedah Permohonan

Permohonan boleh dibuat menerusi 2 kaedah iaitu:

Pertanyaan Lanjut Tentang PERDA-TECH

Sebarang pertanyaan mengenai kemasukan ke PERDA-TECH, sila hubungi di talian 04-599 1100 atau whatsapp ke 011-5675 0438.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: