program-sarjana-muda-politeknik

Permohonan Kemasukan Program Sarjana Muda Politeknik 2022/23

Individu lepasan Diploma Politeknik dalam bidang yang berkaitan adalah dipelawa untuk memohon kemasukan ke program Sarjana Muda Politeknik Sesi bagi sesi akademik I 2022/23.

Politeknik merupakan Institut Pengajian Tinggi (IPT) TVET di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang mula ditubuhkan pada 1969 menerusi penubuhan politeknik pertama iaitu Politeknik Ungku Omar.

Selain peringkat Diploma, politeknik juga menawarkan kemasukan bagi program Sarjana Muda kepada lepasan diploma bagi institusi tersebut.

Oleh itu, individu yang berminat untuk memohon kemasukan ke program Sarjana Muda Politeknik boleh membuat permohonan mulai 17 Mei 2022 sehingga 15 Julai 2022.

Program Pengajian

Program Sarjana Muda yang ditawarkan di politeknik ini adalah seperti berikut:

  • Sarjana Muda Reka Bentuk Dalam Komunikasi Visual dan Media Baharu Dengan Kepujian.
  • Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti.
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian.
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Perubatan) Dengan Kepujian.
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Pengurusan Rangkaian Bekalan) Dengan Kepujian.
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Automotif) Dengan Kepujian.
  • Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti dengan Kepujian.

Bayaran Yuran

Bayaran yuran yang dikenakan bagi pelajar di politeknik bagi program Sarjana Muda adalah seperti berikut:

  • Yuran pengajian: RM200
  • Yuran asrama: RM 60-RM630 (tertakluk kepada jenis/kemudahan asrama yang disediakan oleh Politeknik yang berkenaan).
  • Bayaran pelbagai:
    – Semester 1: maksimum RM600
    – Semester seterusnya: maksimum RM150

Syarat Am

Syarat am yang dikenakan bagi individu yang ingin memohon kemasukan ke politeknik bagi program ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lulus SPM atau peperiksaan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
  3. Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu/Malaysia di peringkat SPM/Setaraf.

Syarat Khusus

Individu juga perlu memenuhi syarat khusus yang ditetapkan iaitu:

  1. Lulus pengajian peringkat Diploma dan memperolehi sekurang-kurangnya HPNM 2.00.
  2. Mendapat Band 2 dalam Malaysian University English Test (MUET).
  3. Tidak buta warna (untuk Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Perubatan) Dengan Kepujian/Sarjana Muda Reka Bentuk Dalam Komunikasi Visual dan Media Baharu Dengan Kepujian/Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti dengan Kepujian).
  4. Lulus ujian lukisan dan temuduga (untuk Sarjana Muda Reka Bentuk Dalam Komunikasi Visual dan Media Baharu Dengan Kepujian).

Tatacara Permohonan

Permohonan kemasukan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web iaitu http://ambilan.mypolycc.edu.my/portalbpp2/index.asp.
  2. Di bahagian “Permohonan Kemasukan ke Program Sarjana Muda” klik butang “Klik di Sini Untuk Permohonan ke Sarjana Muda.”
  3. Masukkan no kad pengenalan dan klik butang “Masuk.”
  4. Isi maklumat permohonan dengan lengkap.
  5. Klik butang “Hantar Maklumat Permohonan” untuk menghantar permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi 03-8888 3837 atau email ke [email protected]

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top