Kemasukan Sekolah Khusus Tingkatan 1 & 4/Tahun 1 SVM 2023

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih membuka permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus bagi Tingkatan 1 dan 4 atau Tahun 1 Sekolah Vokasional Malaysia (SVM) bagi tahun 2023.

Untuk makluman, kemasukan ke Sekolah Khusus ini akan menggunakan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).

PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point iaitu satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Murid yang berminat untuk memasuki Sekolah Khusus ini boleh membuat permohonan mulai 30 September 2022 sehingga 30 November 2022.

Sekolah Khusus

5 sekolah dikategorikan sebagai Sekolah Khusus oleh KPM iaitu:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)
  • Sekolah Vokasional Malaysia (SVM) (Tahun 1)

Format PKSK

Pelaksanaan format PKSK yang digunakan oleh KPM bagi kemasukan ke Sekolah Khusus adalah seperti berikut:

PerkaraBahagian A
(Kecerdasan Insaniah)
Bahagian B
(Kecerdasan Intelek)
Bahagian C
(Artikulasi Penulisan)
KaedahOnlineOnlineBertulis (Bersemuka)
Jenis ItemObjektif Aneka PilihanObjektif Aneka PilihanSubjektif
Cakupan Isi KandunganEQ, SQ, SSQIQ, Pengetahuan Am, Penyelesaian MasalahTajuk Ditetapkan
Wajaran Skor20%70%10%

Pelaksanaan PKSK

Pelaksanaan PKSK akan dilaksanakan dalam 3 sesi dan setiap sesi tersebut terbahagi kepada 2 fasa pelaksanaan.

Untuk fasa 1, calon dikehendaki menjawab Bahagian C iaitu penulisan esei sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1, dan 250 patah perkatan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberikan dalam masa 45 minit.

Bagi fasa 2, calon perlu menjawab soalan Bahagian A dan B secara dalam talian dalam masa 90 minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Adalah diingatkan calon hanya perlu menduduki satu sesi PKSK sahaja mengikut tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan.

Syarat Permohonan

Pemohon perlu memenuhi syarat permohonan untuk melayakkan mereka untuk memohon adalah seperti:

  • Warganegara Malaysia.
  • Mendaftar dalam sistem Sistem Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) KPM.
  • Untuk kemasukan Tingkatan 1 tahun 2023, murid Tahun 6 tahun 2022 mestilah berumur 12 tahun.
  • Bagi kemasukan Tingkatan 4 tahun 2022, murid Tingkatan 3 tahun 2022 mestilah berumur 15 tahun.

Tatacara Permohonan

Untuk pemohon yang ingin memohon kemasukan boleh memohon melalui link di bawah:

Untuk mengekses ke dalam sistem, masukkan nombor mykid/mykad pelajar beserta nombor mykad penjaga utama untuk mengakses ke dalam sistem.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai kemasukan Sekolah Khusus 2023 sila layari laman web KPM iaitu https://www.moe.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: