Kemasukan Sesi 2 UiTM 2022/2023 Sarjana Muda & Profesional

Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan membuka permohonan kepada pemohon yang berminat untuk melanjutkan pengajian bagi kemasukan UiTM sesi 2 2022/2023 ambilan Mac 2023.

Permohonan kemasukan ini dibuka untuk program pengajian berikut iaitu:

  • Program Sarjana Muda (sepenuh masa)
  • Program Profesional (sepenuh masa)

Pemohonan kemasukan ke UiTM Sesi 2 ini akan dibuka mulai 31 Oktober 2022 sehingga 7 Disember 2022 bagi Program Sarjana Muda dan Program Profesional mulai 31 Oktober 2022 sehingga 29 Januari 2023.

Kategori Permohonan

Kategori permohonan yang akan ditawarkan adalah seperti berikut:

i) Program Sarjana Muda

  • Lepasan STPM
  • Lepasan Matrikulasi KPM
  • Lepasan STAM
  • Lepasan Asasi UiTM
  • Lepasan Asasi Sains UM
  • Lepasan ASASIpintar
  • Lepasan Diploma UiTM
  • Lepasan KKB UiTM
  • Lepasan Diploma IPT lain
  • Lepasan Diploma Vokasional
  • Lepasan Diploma Kemahiran Malaysia

ii) Penerapan

  • Semester akhir Diploma UiTM
  • KKB UiTM Sarjana Muda
  • Semester akhir Asasi Undang-Undang UiTM (PI005) ke Sarjana Muda

iii) Profesional

  • AC151-ACCA Foundation in Accounting (ACCA FIA) (UK)
  • AC551-The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) (UK)

Tatacara Permohonan

Untuk permohonan kemasukan ke UiTM ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Beli No Pin di cawangan BSN yang berdekatan mulai 31 Oktober 2022 (Isnin).
  2. Isi borang permohonan di laman web http://online.uitm.edu.my.
  3. Hantar permohonan sebelum tarikh tutup yang dinyatakan.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai kemasukan ke UiTM sesi 2 2022/2023, sila hubungi:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *