Kemasukan Pelajar Baharu Tingkatan 1 & 4 SMA MAIWP 2023
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengumumkan permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Agama (SMA) di bawah MAIWP telah dibuka bagi kemasukan tahun 2023.
Untuk makluman, MAIWP mempunyai institusi pendidikan di bawahnya dan antara institusi pendidikan peringkat menengah yang ditubuhkan oleh MAIWP adalah SMA MAIWP, SMISTA, dan Pondok Moden Al-‘Abaqirah.
Penubuhan institusi pendidikan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar lulusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) untuk melanjutkan pelajaran di peringkat menengah sebagai kesinambungan pendidikan agama di sekolah-sekolah rendah agama di Wilayah Persekutuan.
Selain itu, penubuhan institusi pendidikan peringkat menengah ini juga bagi menampung permintaan masyarakat yang tinggi terhadap sekolah menengah agama.
Untuk permohonan ke Tingkatan 1, tarikh tutup permohonan adalah 15 Disember 2022 manakala bagi permohonan ke Tingkatan 4, tarikh tutup permohonan adalah 9 Januari 2023.
Senarai Sekolah
Senarai sekolah di bawah MAIWP untuk kemasukan ini adalah seperti berikut:
- SMA MAIWP Kuala Lumpur
- SMA MAIWP Labuan
- Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA)
- Pondok Moden Al-‘Abaqirah
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk memohon kemasukan ke sekolah ini adalah seperti berikut:
i) Tingkatan 1
- Warganegara Malaysia.
- Keutamaan bagi murid yang lahir atau bermastautin/menetap di Wilayah Persekutuan.
- Memperolehi keputusan yang cemerlang dalam Pentaksiran Bilik Darjah Pertengahan Tahun 2022.
- Memperoleh keputusan yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) atau yang setaraf.
- Berkebolehan menulis dan membaca jawi serta membaca Al-Quran dengan baik.
- Aktif dalam bidang ko-kurikulum.
- Lulus cemerlang temu duga kemasukan.
ii) Tingkatan 4
- Warganegara Malaysia (lelaki sahaja).
- Keutamaan bagi asnaf yang bermastautin/menetap di Wilayah Persekutuan.
- Berumur 16 tahun (Tingkatan 4).
- Cemerlang dalam akademik (keutamaan dalam Bahasa Arab dan Pendidikan Islam) atau menghafaz minimum Matan Ajrumiah dan Matan Bina’ (institusi pondok).
- Berminat mempelajari kitab-kitab Turath (Arab, Jawi, dan Hadith).
- Berakhlak mulia dan aktif dalam kokurikulum.
- Lulus permukiman temu duga.
Tatacara Permohonan
Untuk permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari pautan permohonan berikut:
– Tingkatan 1: https://my03.awfatech.com/maiwp/standalone/stureg/stureg_status.php?sysapp=maiwp
– Tingkatan 4: https://my02.awfatech.com/main/appsps/stureg/stureg_status.php?sysapp=alabaqirah - Pilih sekolah dan masukkan kad pengenalan diikuti dengan klik butang ‘Semakan.’
- Lengkapkan permohonan sehingga tamat.