Permohonan Kemasukan SRA & KAFAI Selangor Tahun 1 2026

Ibu bapa yang ingin menghantar anak mereka Tahun 1 ke Sekolah Rendah Agama (SRA) dan KAFA Integrasi (KAFAI) Negeri Selangor sesi 2026 kini boleh membuat permohonan.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai kemasukan ke sekolah ini.

Mengenai SRA & KAFAI Selangor

SRA merupakan institusi pendidikan peringkat sekolah rendah yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor mulai sesi persekolahan 1999.

Sekolah ini diwujudkan bagi memenuhi kehendak Pelan Tindakan Belanjawan Kajian Pendidikan Agama 1998.

Tujuan sekolah ini diwujudkan adalah untuk membolehkan lepasan sekolah rendah agama Selangor dapat meneruskan pelajarannya ke peringkat menengah seterusnya ke Pusat Pengajian Tinggi dalam dan luar negeri.

Dalam masa yang sama, SRA juga adalah tapak untuk menyalurkan calon-calon pelajar ke peringkat menengah khasnya di sekolah-Sekolah Menengah Agama Negeri Selangor.

KAFAI pula sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Agama Rakyat dikelolakan oleh jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa pelajar sekolah berkenaan. 

Sekolah ini mempunyai program pengajaran yang berbeza daripada program KAFA biasa yang mana ia menawarkan kurikulum yang lebih menyeluruh dengan menumpukan kepada pendidikan agama Islam dan tahfiz.

Kurikulum Yang Ditawarkan

Kurikulum yang ditawarkan di SRA adalah menggunakan kurikulum KBSR, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mata pelajaran akademik dan KBSA, Jabatan Agama Selangor bagi matapelajaran agama.

KAFAI pula menawarkan kurikulum sekolah rendah biasa yang lebih menyeluruh dan terintegrasi dengan menumpukan kepada pendidikan agama Islam dan tahfiz.

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan untuk ke sekolah ini bagi tahun 2026 adalah seperti berikut:

  1. Calon atau ibu bapa adalah warganegara Malaysia.
  2. Lahir pada 2 Januari 2019 hingga 1 Januari 2020.
  3. Telah mendaftar di Sekolah Kebangsaan/Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cara Mendaftar

Untuk mendaftar, ibu bapa boleh terus mengisi borang pendaftaran di sekolah yang dipohon pada 1 Mac hingga 30 Mei 2025, 9.00 pagi sehingga 4.00 petang (Isnin-Jumaat).

Pendaftaran selepas 30 Mei 2025 dikira lewat dan perlu berurusan di Unit Pendidikan Islam, Pejabat Agama Islam Daerah.

Dokumen Yang Perlu Dibawa

Dokumen yang perlu dibawa bersama adalah seperti berikut:

  • Sijil Kelahiran Anak
  • Salinan Kad Pengenalan ibu bapa/penjaga
  • Salinan pendaftaran Sekolah Kebangsaan/Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai kemasukan ke SRA & KAFAI 2026, sila layari laman web https://www.jais.gov.my/.

Baca juga: DSIP 2025: Permohonan Dermasiswa Sultan Ismail Petra MAIK

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: