SRIDI: Permohonan Kemasukan Tahun 1 2024/2025

Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT) mengalu-alukan permohonan daripada ibu bapa bagi kemasukan murid ke Tahun 1 ke Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) bagi sesi persekolahan tahun 2024/2025.

Untuk makluman, sekolah ini merupakan sekolah rendah agama di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu yang menawarkan pembelajaran peringkat rendah daripada Tahun 1 sehingga Tahun 6.

Permohonan terbuka kepada murid lepasan Pra-Sekolah, tadika, Tabika Kemas, dan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan mana-mana Tadika yang berdaftar dengan KPM.

Permohonan dibuka mulai 17 Oktober 2023 dan akan ditutup pada 17 Januari 2024.

Keistimewaan SRIDI

Antara keistimewaan kemasukan ke sekolah ini adalah seperti berikut:

  • Sesi pembelajaran bermula 8.00 pagi-4.00 petang
  • Sukatan akademik mengikut kurikulum KSSR (Kementerian Pendidikan Malaysia)
  • Sukatan kurikulum negeri (Diniyyah) disediakan oleh Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT)
  • Skim Pinjaman Buku Teks
  • Penekanan latihan amali Fardu Ain dan Hafazan Al-Quran
  • Aktiviti kokurikulum yang menarik demi kekuatan jati diri murid

Lokasi Sekolah

Lokasi sekolah ini di seluruh Negeri Terengganu adalah seperti berikut:

  • SRIDI Bandar: No. 68-78, Pusat Komersial, Cabang Tiga, 21000 Kuala Terengganu.
  • SRIDI Buluh Gading: Lot 1F18 Kompleks Usahawan Terengganu Kampung Kubang Jela, 21200 Kuala Terengganu
  • SRIDI Pengkalan Berangan: Kompleks Perniagaan Majlis Daerah Marang, Kg Binjai Rendah Bukit Payong 21400 Marang Terengganu
  • SRIDI Bukit Besi: Jalan Sultan Ahmad, 23400 Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu.
  • SRIDI Ajil: Blok D, Bangunan Pusat Dagangan Ajil (ATC), Pekan Ajil , 21800 Ajil, Terengganu.
  • SRIDI Kota Putera: Kampung Raja, 22200, Besut, Terengganu.
  • SRIDI Paka: D/A Sekolah Agama Rakyat Felda Kerteh 1, Ketengah Jaya, 23300 Dungun, Terengganu.
  • SRIDI Permaisuri: Lot 2403 & 2404, Tingkat Bawah 1 & 2, Wisma Yayasan Islam Terengganu, Bandar Permaisuri, 22100 Setiu, Terengganu.
  • SRIDI Kijal: 2-12, Bangunan Majlis Perbandaran Kemaman, Kompleks Paya Lasir, 24100 Kijal, Terengganu.
  • SRIDI Cukai: Lot 51370 Jalan Nyior Mawar, Kg. Dusun Nyior, Mukim Cukai, Kemaman, Terengganu.
  • SRIDI Kuala Berang: Bangunan 3 Tingkat (Bangunan Bekas SRIDI KUALA BERANG Politeknik), 21700 Kuala Berang, Terengganu.
  • SRIDI Seberang Takir: Lot No 1/8 Tingkat Bawah, Wisma KOKITAB Kuala Nerus, Jalan Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembesu, 21300 Kuala Nerus, Terengganu.

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada semua murid dari:
    – Sekolah Tadika
    – Tabika Perpaduan
    – Tabika PASTI
    – Prasekolah KPM
    – Tabika KEMAS
    – Mana-mana Tadika yang berdaftar dengan KPM
  2. Berumur 7 tahun pada tahun 2023 iaitu lahir antara 2.1.2016 –1.1.2017 (berdasarkan kohort umur Sekolah Kebangsaan).
  3. Sihat tubuh badan. Tidak mempunyai kecacatan fizikal dan mental yang menghalang proses PDPc di sekolah.
  4. Warganegara Malaysia dan rakyat Negeri Terengganu Darul Iman (ibu atau bapa memiliki Kad Pengenalan Terengganu) atau rakyat negeri lain yang mendapat taraf pemastautin tetap 10 tahun daripada pihak berkuasa.
  5. Mahir membaca Al-quran.
  6. Mahir membaca, mengira dan menulis Jawi & Rumi.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila layari laman web http://sridionline.terengganu.gov.my/ dan lengkapkan permohonan sehingga selesai.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai kemasukan ke sekolah ini, sila layari laman web http://sridionline.terengganu.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: