SRIDI: Permohonan Kemasukan Tahun 1 2026

Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT) mengalu-alukan permohonan daripada ibu bapa bagi kemasukan murid ke Tahun 1 ke Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) bagi sesi persekolahan tahun 2026.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai sekolah ini.

Mengenai SRIDI
SRIDI merupakan sekolah rendah agama di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu yang menawarkan pembelajaran peringkat rendah daripada Tahun 1 sehingga Tahun 6.
Permohonan terbuka kepada murid lepasan Pra-Sekolah, tadika, Tabika Kemas, dan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan mana-mana Tadika yang berdaftar dengan KPM.
Keistimewaan SRIDI
Antara keistimewaan kemasukan ke sekolah ini adalah seperti berikut:
- Silibus akademik mengikut kurikulum KSSR Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Kurikulum negeri (diniyyah) disediakan oleh Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT).
- Skim pinjaman buku teks.
- Penekanan latihan amali fardu ain dan hafazan al-quran.
- Aktiviti kokurikulum yang menarik untuk kekuatan jati diri murid.
Lokasi Sekolah
Lokasi sekolah ini di seluruh Negeri Terengganu adalah seperti berikut:
- SRIDI Bandar: No. 68-78, Pusat Komersial, Cabang Tiga, 21000 Kuala Terengganu.
- SRIDI Buluh Gading: Lot 1F18 Kompleks Usahawan Terengganu Kampung Kubang Jela, 21200 Kuala Terengganu
- SRIDI Pengkalan Berangan: Kompleks Perniagaan Majlis Daerah Marang, Kg Binjai Rendah Bukit Payong 21400 Marang Terengganu
- SRIDI Bukit Besi: Jalan Sultan Ahmad, 23400 Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu.
- SRIDI Ajil: Blok D, Bangunan Pusat Dagangan Ajil (ATC), Pekan Ajil , 21800 Ajil, Terengganu.
- SRIDI Kota Putera: Kampung Raja, 22200, Besut, Terengganu.
- SRIDI Paka: D/A Sekolah Agama Rakyat Felda Kerteh 1, Ketengah Jaya, 23300 Dungun, Terengganu.
- SRIDI Permaisuri: Lot 2403 & 2404, Tingkat Bawah 1 & 2, Wisma Yayasan Islam Terengganu, Bandar Permaisuri, 22100 Setiu, Terengganu.
- SRIDI Kijal: 2-12, Bangunan Majlis Perbandaran Kemaman, Kompleks Paya Lasir, 24100 Kijal, Terengganu.
- SRIDI Cukai: Lot 51370 Jalan Nyior Mawar, Kg. Dusun Nyior, Mukim Cukai, Kemaman, Terengganu.
- SRIDI Kuala Berang: Bangunan 3 Tingkat (Bangunan Bekas SRIDI KUALA BERANG Politeknik), 21700 Kuala Berang, Terengganu.
- SRIDI Seberang Takir: Lot No 1/8 Tingkat Bawah, Wisma KOKITAB Kuala Nerus, Jalan Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembesu, 21300 Kuala Nerus, Terengganu.
Kriteria Penilaian
Kriteria penilaian untuk kemasukan untuk kemasukan ke sekolah ini adalah seperti berikut:
- Berumur 7 tahun pada tahun 2026.
- Sihat tubuh badan.
- Warganegara Malaysia
- Rakyat Negeri Terengganu Darul Iman (calon atau ibu atau bapa lahir di terengganu).
- Boleh membaca, mengira dan menulis jawi & rumi.
- Boleh membaca Al-Quran.
- Lulus ujian & temu duga.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, sila layari laman web https://jpint.awfatech.com/ dan lengkapkan permohonan sehingga selesai.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai kemasukan ke sekolah ini, sila layari laman web https://jpint.awfatech.com/.
Baca juga: UPUOnline: Semakan Keputusan Ke IPTA & MARA 2025/2026