Permohonan Kemasukan Tahun 1 Sekolah Rendah Sarawak Sesi 2023/2024

Kanak-kanak (warganegara) di Negeri Sarawak yang akan memasuki Tahun 1 bagi Sesi 2023/2024, permohonan kemasukan Tahun 1 sekolah rendah bagi sesi tersebut telah dibuka.

Untuk makluman, permohonan bagi kemasukan kanak-kanak Tahun 1 bagi sekolah rendah Negeri Sarawak sesi 2023/2024 dibuka sehingga 30 April 2022.

Kemasukan ke sekolah rendah di Negeri Sarawak ini adalah bagi sekolah rendah yang berada di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Ibu bapa yang ingin membuat permohonan boleh mengemukakan permohonan secara atas talian menerusi laman web https://public.moe.gov.my.

Tahun Kelahiran

Permohonan kemasukan ini adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017 sahaja.

Bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2017 sehingga 1 Januari 2018, mereka hanya akan dipertimbangkan memasuki sekolah rendah bagi sesi 2024/2025.

Tatacara Permohonan

Tatacara permohonan untuk ibu bapa yang ingin membuat permohonan boleh dirujuk melalui langkah-langkah di bawah:

  1. Layari laman web https://public.moe.gov.my.
  2. Klik bahagian ‘Pengguna Baharu.’
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Buat permohonan sehingga selesai.
  6. Hadir ke sekolah dengan membawa perakuan permohonan dan dokumen yang diperlukan (asal dan salinan).

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dibawa ke sekolah yang terlibat adalah seperti berikut:

  1. Borang Permohonan Tahun 1 (yang dicetak selepas mengisi maklumat secara online).
  2. Sijil Lahir/Sijil Anak Angkat.
  3. Kad Pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
  4. Sijil Nikah/Daftar Perkahwinan.
  5. Surat Cerai dan hak jagaan anak (hadhanah/custody) jika berkenaan.
  6. Bil utiliti- TNB/Astro/Telefon/Perjanjian Sewa

Tarikh Penting

Ibu bapa juga perlu mengambil perhatian untuk tarikh-tarikh penting berikut:

  1. Tarikh daftar online: 1.3.2022 sehingga 30.4.2022
  2. Keputusan penempatan: 1.8.2022
  3. Rayuan dibuka: 1.8.2022 sehingga 30.8.2022
  4. Keputusan rayuan: 1.10.2022

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai kemasukan Tahun 1 sekolah rendah Negeri Sarawak sesi 2023/2024, sila layari Facebook Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak di pautan https://www.facebook.com/edusarawak.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: