Permohonan Kemasukan Tahun 1 SRAI JAIS Tahun 2023

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah membuka permohonan institusi dibawahnya bagi kemasukan Tahun 1 di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) JAIS bagi sesi kemasukan tahun 2023.

SRAI merupakan salah satu institusi di bawah JAIS yang menawarkan pendidikan di peringkat rendah iaitu daripada Tahun 1 sehingga Tahun 6.

Kemasukan bagi murid Tahun 1 di sekolah ini akan berasaskan keputusan terbaik menerusi Ujian Kelayakan SRAI (UKS).

Permohonan bagi kemasukan ke sekolah ini dibuka mulai 11 April sehingga 11 Mei 2022 melalui saluran permohonan yang disediakan.

Kurikulum Pembelajaran

Kurikulum pembelajaran di SRAI adalah berasaskan kepada pendidikan agama Islam terutamanya pengajaran Al-Quran dan Fardhu Ain.

Namun, pembelajaran yang lain juga tidak diketepikan juga dengan turut memberikan pembelajaran asas seperti Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang dikenakan terhadap ibu bapa yang ingin memohon kemasukan ke sekolah ini adalah seperti berikut:

i) Pemohon

  1. Ibu/bapa pemohon hendaklah mendaftar sebagai pengguna di Portal MyGovernment.
  2. Ibu/bapa mestilah status warganegara Malaysia
  3. Permohonan yang boleh dilakukan 1 kali sahaja.

ii) Kanak-Kanak

  1. Kanak-kanak tersebut berstatus warganegara Malaysia dan lahir dari 2 Jan 2016 hingga 1 Jan 2017 sahaja.
  2. Ibu bapa mestilah mendaftarkan maklumay kanak -kanak di Profil Keluarga Portal MyGovernment.
  3. Kanak-kanak tersebut mestilah telah mendaftar di Sekolah Kebangsaan (SK) sebelum membuat permohonan.

Tatacara Permohonan

Tatacara permohonan kemasukan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Permohonan boleh dibuat menerusi https://www.malaysia.gov.my/portal/index.
  2. Klik bahagian ‘Daftar.’
  3. Isi maklumat pendaftaran dan klik butang ‘Hantar’
  4. Klik bahagian ‘Log Masuk’ dan klik butang ‘Kata Laluan.’
  5. Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Seterusnya.’
  6. Di bahagian Profil Keluarga, buat pendaftaran kanak-kanak.
  7. Pastikan naka sekolah dan daerah adalah betul sebelum klik butang ‘Daftar.’
  8. Hantar salinan borang permohonan dan semua dokumen yang dikehendaki di pejabat sekolah.

Selain itu, ibu bapa juga boleh membuat permohonan menerusi pautan https://sekolah.jais.gov.my/srai/.

Keterangan Lanjut

Keterangan lanjut mengenai kemasukan Tahun 1 SRAI, sila layari laman web https://pendidikan.jais.gov.my.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: