Permohonan Kemasukan Taska & Tabika KEMAS Sesi 2022

Ibu bapa yang berhasrat untuk menghantar anak-anak ke Taska atau Tabika KEMAS bagi sesi kemasukan 2022, permohonan kemasukan telah dibuka.

KEMAS merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang mana antara peranan utamanya adalah melaksanakan pendidikan awal kanak-kanak melalui perkembangan sosio emosi, fizikal, intelek dan rohani berdasarkan piawaian/standard yang telah ditetapkan.

Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS yang dilaksanakan di seluruh negara terbahagi kepada dua kategori iaitu:

  1. Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) : Kanak-kanak berusia 2 – 4 Tahun
  2. Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) : Kanak-kanak 4 – 6 Tahun

Oleh itu, ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak ke Taska atau Tabika KEMAS boleh membuat permohonan sehingga 31 Oktober 2021.

Yuran Taska & Kemas

Yuran Taska KEMAS yang akan dikenakan bagi pembelajaran anak-anak mereka adalah seperti berikut:

Untuk bayaran Tadika KEMAS pula, ibu bapa akan dikenakan bayaran seperti berikut:

Syarat Kemasukan

Permohonan kemasukan ke Taska KEMAS perlu memenuhi syarat-syarat kemasukan iaitu:

  1. Kanak-kanak yang mempunyai status warganegara Malaysia atau salah seorang ibu bapa Warganegara Malaysia.
  2. Terbuka untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun.
  3. Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu minimum 10 orang dan maksimum 30 orang (mengikut keluasan dalaman sesebuah kelas iaitu 3.5 meter bagi seorang kanak-kanak).
  4. Nisbah seorang Pemaju Masyarakat adalah 5 hingga 6 orang kanak-kanak.
  5. Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar terus ke Taska KEMAS yang berdekatan.

Bagi permohonan ke Tabika KEMAS, syarat-syarat kemasukan yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:

  1. Kanak-kanak yang mempunyai status warganegara Malaysia atau salah seorang ibu bapa Warganegara Malaysia.
  2. Terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun (keutamaan untuk kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun).
  3. Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu seramai 25 orang sahaja.
  4. Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar terus ke Tabika KEMAS yang berdekatan.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan Taska dan Tabika KEMAS, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun borang di pautan berikut:
    – Taska Kemas: https://www.kemas.gov.my/wp-content/uploads/2019/06/BORANG-PENDAFTARAN-TASKA-PERMATA-KEMAS-NEW.pdf.
    – Tabika Kemas: https://www.kemas.gov.my/wp-content/uploads/2019/06/BORANG-PENDAFTARAN-TABIKA-NEW.pdf.
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke Tabika atau Taska KEMAS yang berhampiran.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang perlu dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. 1 keping gambar berukuran pasport.
  2. 1 salinan MyKid dan Sijil Kelahiran anak.
  3. Slip gaji ibu dan bapa.
  4. 1 salinan kad pengenalan ibu dan bapa.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai kemasukan ke Taska dan Tabika KEMAS, sila hubungi pihak KEMAS di talian 03-8891 2682.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: