kemasukan-taska-tabika-kemas-2023

Permohonan Kemasukan TASKA/TABIKA KEMAS Sesi 2023

Ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak mereka ke Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) atau Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) KEMAS, permohonan kemasukan bagi sesi 2023 telah dibuka.

TASKA dan TABIKA KEMAS merupakan rancangan pendidikan awal kanak-kanak yang diselia oleh KEMAS di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

Kumpulan sasaran bagi program TASKA adalah untuk kanak-kanak 2 hingga 4 tahun manakala TABIKA pula adalah untuk kanak-kanak yang berusia 4 hingga 6 tahun.

Oleh itu, ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak mereka boleh membuat permohonan mulai 1 Ogos 2022 sehingga 31 Disember 2022.

Yuran Pendidikan

Yuran pendidikan yang ditawarkan menerusi TASKA/TABIKA KEMAS adalah seperti berikut:

i) TASKA KEMAS

ii) TABIKA KEMAS

Bagi kategori A, ia wajib dibayar semasa pendaftaran manakala bagi kategori B untuk TABIKA, ibu bapa/penjaga boleh membuat pilihan sama ada ingin membuat pembelian kepada pihak TABIKA atau pembelian sendiri bagi baju sukan dan pakaian seragam dengan kadar bayaran tertakluk kepada harga pasaran dan tidak melebihi RM30.00.

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan ke TASKA KEMAS adalah seperti berikut:

  1. Kanak-kanak yang mempunyai status Warganegara Malaysia atau salah seorang ibubapa Warganegara.
  2. Terbuka untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun.
  3. Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu minimum 10 orang dan maksimum 30 orang (mengikut keluasan dalaman sesebuah kelas iaitu 3.5 meter bagi seorang kanak-kanak).
  4. Nisbah seorang Pemaju Masyarakat adalah 5 – 6 orang kanak-kanak.
  5. Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar terus ke TASKA PERMATA KEMAS yang berdekatan.
  6. Pihak Jawatankuasa Pemilihan TASKA akan mengeluarkan surat jawapan Terima/Tolak kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat.

Untuk kemasukan ke TABIKA KEMAS, syarat kemasukan adalah seperti berikut:

  1. Kanak-kanak yang mempunyai status Warganegara Malaysia atau salah seorang ibubapa Warganegara.
  2. Terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun (Keutamaan untuk kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun).
  3. Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu seramai 25 orang sahaja.
  4. Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar terus ke TABIKA KEMAS yang berdekatan.
  5. Pihak Jawatankuasa Pemilihan TABIKA akan mengeluarkan surat jawapan Terima/Tolak kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat.

Cara Memohon

Permohonan kemasukan ke TASKA atau TABIKA boleh dibuat menerusi langkah berikut:

  1. Layari laman web KEMAS iaitu https://www.kemas.gov.my.
  2. Pergi ke bahagian ‘Awam’ dan pilih ‘Pendidikan Awal Kanak-Kanak.’
  3. Pilih ‘TASKA’ atau ‘TABIKA.’
  4. Di bahagian borang permohonan, muat turun borang permohonan.
  5. Isi borang permohonan dengan lengkap.
  6. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  7. Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke TASKA/TABIKA KEMAS yang ingin dipohon.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dibawa ke TASKA/TABIKA KEMAS semasa pendaftaran adalah seperti:

  1. Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
  2. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
  3. Slip gaji ibu dan bapa/penjaga.
  4. 2 keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
  5. Rekod kesihatan kanak-kanak (bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan).

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Kemasukan TASKA/TABIKA KEMAS sesi 2023, sila layari laman web https://www.kemas.gov.my.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top