Kemasukan Ting. 6 STAM & Tahfiz Bestari Ting. 4 SMAN Pahang

Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) akan membuka permohonan Kemasukan Pelajar Ke Tingkatan 6 aliran Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Tahfiz Bestari Tingkatan Empat Bagi Tahun 2023 Sekolah Menengah Agama (SMAN) Kerajaan Negeri Pahang.

JAIP adalah salah sebuah dari Jabatan/Pejabat Kerajaan Negeri di Negeri Pahang Darul Makmur yang ditubuhkan pada 1926.

Pada awal penubuhannya, bidang tugas JAIP berkisar kepada aspek pentadbiran, pengurusan nikah cerai dan ruju’ serta Mahkamah Syariah.

Namun, kini, bidang tugas tersebut telah dikembangkan termasuk dalam aspek pendidikan Agama Islam di negeri tersebut.

Permohonan kemasukan akan dibuka mulai 2 Januari 2023 hingga 31 Januari 2023.

Senarai Sekolah

Senarai sekolah bagi kemasukan ini adalah seperti berikut:

i) STAM

  • Kulliah Al-Lughah Waddin As Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan
  • SMA Al-Wosto, Temerloh

ii) Tahfiz Bestari

  • Kulliah Al-Lughah Waddin As Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi kemasukan Tingkatan 6 aliran STAM adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Anak negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:
    -Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di negeri Pahang Darul Makmur; atau
    -Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di negeri Pahang Darul makmur perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Pegawai Daerah/Penghulu Mukim.
    -Kakitangan Kerajaan yang sedang berkhidmat di Negeri Pahang (perlu mengemukakan surat pengesahan daripada Ketua Jabatan).

Bagi permohonan kemasukan Tingkatan 4 Tahfiz Bestari, syarat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun.
  2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia.
  3. Pemohon/ibu/bapa lahir di negeri Pahang (anak kelahiran Pahang diutamakan) atau jika pemohon/ibu/bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di negeri Pahang perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Pegawai Daerah/Penghulu Mukim/Ketua Kampung atau kakitangan kerajaan yang sedang berkhidmat di negeri Pahang. Surat pengesahan daripada Ketua Jabatan perlu dikemukakan.
  4. Berkelakuan baik;
  5. Pemohon dari SMAN Pahang perlu:
    – Menghafaz sekurang-kurangnya 3 juzuk al-quran.
    – Telah mengikuti kurikulum KSSM/Dini pada tahun semasa.
  6. Pemohon dari luar SMAN Pahang perlu:
    – Menghafaz sekurang-kurangnya 10 juzuk al-quran.
    – Mengikuti kurikulum Bouth al-Azhar atau setaraf.
    – Telah mengikuti kurikulum KSSM/Dini pada tahun semasa.
  7. Pemohon lulusan luar negara perlu:
    – Menghafaz sekurang-kurangnya 15 juzuk al-quran.
    – Mengikuti kurikulum Bouth Al-Azhar atau setaraf.
    – Mengambil empat mata pelajaran teras kurikulum KSSM (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah) pada tahun semasa.

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dilakukan dengan memuat turun borang permohonan di pautan berikut:

Pertanyaan Lanjut

Segala pertanyaan mengenai kemasukan ke SMAN Pahang ini, sila rujuk dengan Bahagian Pendidikan, JAIP di talian 09-4271163.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: