Kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Sukan Negeri Perak 2023
Pelajar yang aktif dalam bidang sukan dan berminat untuk memohon kemasukan Sekolah Sukan Negeri Perak untuk Tingkatan 1 bagi tahun 2023, permohonan kemasukan telah dibuka.
Untuk makluman, terdapat 1 sekolah sukan di Negeri Perak iaitu SMK Gunung Rapat, Ipoh, Perak.
Sekolah ini telah melahirkan ramai atlet sukan sama di peringkat negeri atau negara seperti:
- Azeem Fahmi: Pelari Pecut Negara
- Dian Nur Syakira: Pemain Hoki Kebangsaan
- Alif Zikri: Pemain Bola Sepak Liga Super
- Khairunnisa Nazri: Pemain Bola Jaring Kebangsaan
- Asyraaf Hadi: Pemain Takraw Kebangsaan
Bagi mereka yang berminat, permohonan boleh dibuat secara atas talian sebelum 10 Disember 2022.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk memohon kemasukan ke sekolah ini adalah seperti berikut:
- Murid mestilah warganegara Malaysia.
- Merupakan murid Tahun 6 yang telah didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) pada Tahun 2022 Di Negeri Perak
- Murid yang sihat tubuh badan.
- Murid yang aktif dalam penglibatan sukan dan kokurikulum.
- Sukan yang ditawarkan adalah seperti:
– Hoki Lelaki dan Perempuan: SSN Perak
– Sepak Takraw: SSN Perak
– Olahraga: SSN Perak
– Bola Jaring: SSN Perak
– Memanah: SSN Perak
– Bola Sepak: SSN Perak
– Ragbi: SMK King Edward VII - Pemohon yang memenuhi kriteria pemilihan akan dipanggil/dihubungi oleh pihak Urus Setia untuk dinilai melalui:
– Ujian Kemahiran Sukan
– Ujian TID
– Ujian Psikometrik Dan Aptitud
Tatacara Permohonan
Permohonan boleh dibuat menerusi tatacara berikut iaitu:
- Layari laman web https://gg.gg/Kemasukan-SSN-ARNP2023.
- Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Pastikan semua maklumat diisi.
- Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
Pertanyaan Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai kemasukan Sekolah Sukan Negeri Perak 2023, sila hubungi:
- En. Muhammad Amir Izwan Tan bin Abdullah (PK Kokurikulum, SSN Perak): 019-574 0069
- En. Noor Zaid bin Saidin (Penyelaras SSN Perak): 012-567 2651
- En. Sufian bin Ishak (Penolong Pengarah UPBM, JPN Perak): 012-463 8720