Kemasukan Tingkatan 1 SMA Negeri Terengganu 2025/2026

Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT) telah membuka permohonan kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama (SMA) Negeri Terengganu bagi sesi 2025/2026.
Kemasukan ke SMA Negeri Teregganu ini adalah melibatkan 3 jenis sekolah berikut:
- Sekolah Berasrama Penuh
- Sekolah Menengah Agama Harian
- Madrasah Moden Terengganu
Bagi ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka, permohonan dibuka mulai 8 September 2024 hingga 10 Oktober 2024.
Senarai Sekolah
Senarai SMA Negeri Terengganu yang boleh dipohon adalah seperti berikut:
i) Sekolah Berasrama Penuh
- Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk, Kuala Terengganu
- Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI), Bandar AMBS, Dungun
ii) Sekolah Menengah Agama Harian
- Sekolah Menengah Agama Khairiah, Kuala Terengganu (Pengambilan Murid Perempuan Sahaja)
- Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin Ladang, Kuala Terengganu (Pengambilan Murid Lelaki Sahaja)
- Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut
- Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail, Dungun
- Sekolah Menengah Agama Marang
- Sekolah Menengah Agama Al-Falah, Kemaman
- Sekolah Menengah Agama Ittifakiah, Besut
- Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Hulu Terengganu
- Sekolah Menengah Agama Setiu
iii) Madrasah Moden Terengganu
- Madrasah Moden Terengganu Kuala Nerus (Pengambilan Murid Lelaki Sahaja)
- Madrasah Moden Terengganu Hulu Terengganu (Pengambilan Murid Perempuan Sahaja)
- Madrasah Moden Terengganu Besut (Pengambilan Murid Lelaki Sahaja)
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk memohon kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh adalah seperti berikut:
- Calon mestilah berumur 13 tahun pada tahun semasa pengambilan murid tingkatan 1
- Warganegara Malaysia dan Rakyat Negeri Terengganu Darul Iman:
– Calon yang lahir di Terengganu Darul Iman; atau
– Ibu atau / dan bapa lahir di Terengganu; atau
– Ibu bapa telah bermastautin di Terengganu terus menerus tidak kurang dari 10 tahun serta mempunyai niat dan bukti-bukti akan tinggal tetap di Terengganu. - Pelajar-pelajar yang layak memohon dari:
– Sekolah Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia)
– Sekolah Rendah Agama Swasta - Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.
- Boleh membaca Al-Quran dengan baik.
- Lulus dengan melepasi ujian dan temu duga yang dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu.
- Telah menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK/MPKAFA) atau ujian-ujian lain yang berbentuk kefahaman / amali fardhu ain dan memperoleh keputusan seperti di bawah:
– Memperoleh Straight A’ (8A) dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK/MPKAFA); atau
– Memperoleh 10A dan ke atas dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Islam (UPSRI) atau;
– Memperoleh Straight A’ dalam ujian-ujian kefahaman fardhu ain yang lain; dan
– Memperoleh Straight A’ dalam ujian-ujian kefahaman fardhu ain yang lain.
Untuk syarat permohonan ke Sekolah Menengah Agama Harian pula adalah seperti berikut:
- Calon mestilah berumur 13 tahun pada tahun semasa pengambilan murid tingkatan 1
- Warganegara Malaysia dan Rakyat Negeri Terengganu Darul Iman:
– Calon yang lahir di Terengganu Darul Iman; atau
– Ibu atau / dan bapa lahir di Terengganu; atau
– Ibu bapa telah bermastautin di Terengganu terus menerus tidak kurang dari - 10 tahun serta mempunyai niat dan bukti-bukti akan tinggal tetap di Terengganu.
- Pelajar-pelajar yang layak memohon dari:
– Sekolah Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia)
– Sekolah Rendah Agama Swasta - Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.
- Boleh membaca Al-Quran dengan baik.
- Lulus dengan melepasi ujian dan temu duga yang dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu.
- Telah menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK/MPKAFA) atau ujian-ujian lain yang berbentuk kefahaman/amali fardhu ain dan memperoleh keputusan seperti di bawah:
– Memperoleh 7A dan ke atas dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK/MPKAFA); atau
– Memperoleh 8A dan ke atas dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Islam (UPSRI); atau
– Memperoleh Straight A’ dalam ujianujian kefahaman fardhu ain yang lain; dan
– Menunjukkan pencapaian yang baik dalam penglibatan kokurikulum dan koakademik
Bagi syarat permohonan ke Madrasah Moden Terengganu pula, syarat permohonan adalah seperti berikut:
- Calon mestilah berumur 13 tahun pada tahun semasa pengambilan murid tingkatan satu.
- Warganegara Malaysia dan Rakyat Negeri Terengganu Darul Iman:
– Calon yang lahir di Terengganu Darul Iman; atau
– Ibu atau / dan bapa lahir di Terengganu; atau
– Ibu bapa telah bermastautin di Terengganu terus menerus tidak kurang dari - 10 tahun serta mempunyai niat dan bukti-bukti akan tinggal tetap di Terengganu.
- Pelajar-pelajar yang layak memohon dari:
– Sekolah Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia)
– Sekolah Rendah Agama Swasta - Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.
- Boleh membaca Al-Quran dengan baik.
- Lulus dengan melepasi ujian dan temu duga yang dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu.
- Telah menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK/MPKAFA) atau ujian-ujian lain yang berbentuk kefahaman/amali fardhu ain dan memperoleh keputusan seperti di bawah:
– Memperoleh 6A dan ke atas dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK/MPKAFA); atau
– Memperoleh 6A dan ke atas dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Islam (UPSRI); atau
– Memperoleh sekurang-kurangnya 4A dalam ujian-ujian kefahaman fardhu ain yang lain; dan
– Menunjukkan pencapaian yang baik dalam penglibatan kokurikulum dan koakademik
Kaedah Permohonan
Permohonan boleh dibuat seperti cara berikut:
- Layari laman web permohonan http://smaonline.terengganu.gov.my/biasa/masuk_nokp.php.
- Masukkan no kad pengenalan.
- Klik butang ‘Mohon/Kemaskini.’
- Lengkapkan permohonan kemasukan.
- Hantar permohonan.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai permohonan kemasukan Tingkatan 1 SMA Negeri Terengganu bagi sesi 2025/2026, sila layari laman web http://smaonline.terengganu.gov.my/.