Permohonan Tingkatan 1 SMA Negeri Johor 2024/2025

Ibu bapa yang mempunyai anak yang akan memasuki Tingkatan 1 pada tahun 2024/2025 adalah dipelawa untuk memohon kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama (SMA) Negeri Johor sesi 2024/2025.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai permohonan kemasukan ini.

Mengenai SMA Negeri Johor

Untuk makluman, SMA Negeri Johor merupakan institusi pendidikan di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Johor yang menawarkan integrasi Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) Kementerian Pendidikan Malaysia dan kurikulum berasaskan Agama.

Pelajar yang memasuki sekolah ini akan didedahkan mengenai pembelajaran kurikulum daripada KPM dan Agama sehingga ke Tingkatan 5.

Permohonan untuk kemasukan ke Tingkatan 1 boleh dibuat mulai 28 Ogos 2024 sehingga 2 Oktober 2024.

Senarai Sekolah

Senarai sekolah yang boleh dipohon untuk kemasukan ini adalah seperti berikut:

  • Maahad Johor, Johor Bahru (MJ)
  • Maahad Tahfiz Negeri Johor, Johor Bahru (MTNJ)
  • Maahad Johor Lil Banat, Johor Bahru
  • SMA Kerajaan Johor, Kluang (SMAKJ)
  • Maahad Pontian, Pontian (MP)
  • SMA Parit Raja, Batu Pahat (SMA PR)
  • SMA Bugisiah, Tampok, Pontian

Syarat Asas Kemasukan

Syarat asas kemasukan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia. Bangsa Johor diberikan keutamaan.
  2. Sihat tubuh badan dan boleh berdikari.
  3. Terhad kepada calon lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013.

Ujian Kelayakan

Ujian kelayakan bagi kemasukan Tingkatan 1 terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:

  1. Ujian Bertulis
    – Dijalankan selama 1 jam 15 minit
    – Merangkumi penguasaan asas BM, BI, BA, Matematik, Sains, Tajwid, Jawi dan Pengetahuan Am.
  2. Ujian Inventori Personaliti Murid (IPM) selama 15 minit.
  3. Ujian Lisan
    – Bacaan surah al Fatihah
    – Bacaan 3-5 baris ayat Al Quran
    – Tasmik hafazan al Quran (khas bagi permohonan ke MJ, MTNJ, MJLB dan SMAKJ). Calon akan diberi masa 30 minit untuk menghafaz satu muka surat al Quran yang akan ditentukan pada hari Ujian dijalankan.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan kemasukan Tingkatan 1, permohonan boleh dibuat melalui pautan https://daftar-smanj.net/t1/2025.

Pemohon perlu melengkapkan butiran permohonan yang diperlukan sehingga selesai permohonan.

Tarikh-Tarikh Penting

Tarikh-tarikh penting yang perlu diambil perhatian oleh ibu bapa dan pelajar adalah seperti berikut:

  • 28 Ogos 2024 – 2 Oktober 2024 (Permohonan secara dalam talian)
  • 09 Oktober 2024 – 18 Oktober 2024 (Semakan panggilan ke Ujian Kelayakan)
  • 19 – 26 Oktober 2024 (Ujian Kelayakan)
  • 13 November 2024 – 22 Januari 2025 (Semakan dan pengesahan calon berjaya ke sekolah pilihan dan rayuan)
  • 29 Januari 2025 – 12 Februari 2025 (Semakan dan pengesahan calon rayuan)

Info Lanjut

Info lanjut mengenai kemasukan ke SMA Negeri Johor bagi Tingkatan 1 2024/2025, sila layari Facebook Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor di pautan https://www.facebook.com/BPIJOHOR.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: