Permohonan Kemasukan Tingkatan 3 Secara One-Off SBP 2022/2023
Murid yang ingin menyambung pelajaran di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi Tingkatan 3, permohonan bagi kemasukan Tingkatan 3 secara one-off di SBP telah dibuka.
SBP merupakan sekolah yang diwujudkan bagi menyediakan suasana persekolahan yang terancang, terkawal dan kondusif yang di khususkan kepada murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum.
Tujuan asal penubuhan sekolah jenis ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar bumiputera di luar bandar.
Secara kasarnya 90% adalah untuk pelajar bumiputera manakala 10% lagi adalah untuk pelajar bukan bumiputera.
Oleh itu, permohonan kemasukan Tingkatan 3 SBP ini dibuka mulai 20 Mac sehingga 30 April 2022.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang ditetapkan bagi murid yang ingin memohon bagi pengambilan ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Telah mendaftar dalam Sistem Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
- Murid Tingkatan 3 tahun 2022/2023.
- Murid lahir pada 2 Januari 2007 hingga 1 Januari 2008.
- Menduduki PKSK Khas T3.
- Berpotensi cemerlang dalam akademik:
– Cemerlang dalam Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 2 sesi persekolahan tahun 2021/2022.
– Mencapai sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 5 (TP5) dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
– Minimum gred B bagi mata pelajaran mata Metematik, Sains, dan Bahasa Inggeris.
– Bagi pakej mata pelajaran agama mencapai minimum gred B dalam Bahasa Arab. - Aktif dalam kokurikulum.
- Keutamaan kepada murid B40.
Senarai SBP
Senarai SBP yang terlibat dalam kemasukan ini adalah seperti berikut:
- SM Sains Bagan Datoh
- SM Sains Tapah
- SBP Integrasi Sabak Bernam
- SBP Integrasi Tun Abdul Razak
- SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah
- SM Sains Tengku Abdullah
- SBP Integrasi Kuantan
- Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah
- SM Sains Tengku Muhammas Faris Petra
- SM Sains Machang
- SM Sains Jeli
- SM Sains Gua Musang
- SM Sains Pasir Puteh
- SM Sains Johor
- SM Sains Sultan Iskandar
- SM Sains Sultan Mohamad Jiwa
- SM Sultan Abdul Halim
- SBP Integrasi Kubang Pasu
- SM Sains Kubang Pasu
- SM Sains Pokok Sena
- SM Sains Labuan
- SM Sains Tun Syed Sheh Shahabuddin
- SM Sains Kepala Batas
- SM Sains Kuching Utara
- SM Sains Kuching
- SM Sains Tuanku Syed Putra
- SM Sains Sabah
- SM Sains Lahad Datu
- SM Sains Kuala Terengganu
- SM Sains Dungun
- SM Sains Hulu Terengganu
- SM Sains Setiu
- SMA Persekutuan Labu
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari pautan permohonan iaitu https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdHv-L_Sm1H-uy25t5g7fGxYxAw-Q8gDjn3F76SUW8nCTjPSw/viewform?fbclid=IwAR05gxud7-LpLl6JalcUyyZ9oEcUqErqR79C87-XZW-FgkRBLHPWFUMC3KE.
- Masukkan email dan klik butang ‘Next.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Next.’
- Hnatar permohonan dengan klik butang ‘Submit.’
Pertanyaan Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai kemasukan Tingkatan 3 SBP, sila hubungi En Mohd Zahid Bin Abdullah Sani, Unit Sekolah Jenis Khas, Sektor Pengurusan Sekolah di talian 04-6521351 atau 016-4443577.