Permohonan Kemasukan Tingkatan 6 SMA Negeri Terengganu

Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah membuka permohonan bagi pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Agama (SMA) Negeri Terengganu.

Tawaran ini dibuka kepada pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang mengambil aliran agama dan berminat untuk SMA di negeri tersebut.

Kemasukan ke sekolah ini adalah bagi pelajar untuk menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Pelajar yang berminat boleh membuat permohonan segera secara atas talian di pautan http://smaonline.terengganu.gov.my/.

Peperiksaan & Sekolah Ditawarkan

Permohonan ini adalah untuk peperiksaan dan sekolah berikut:

  • STPM Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu
  • STPM Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut
  • STAM Sekolah Menengah Agama Al-Falah, Kemaman

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan kemasukan Tingkatan 6 ini adalah seperti berikut:

  • STPM SMA Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu & SMA Maarif, Besut: 23 Jun hingga 7 Julai 2022.
  • STAM Al-Falah: 23 Jun hingga 7 Julai 2022.
  • STAM SMA Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu: 23 Jun hingga 3 Julai 2022.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan bagi kemasukan ini adalah:

  1. Berumur tidak kurang 17 Tahun dan tidak lebih 20 tahun.
  2. Warganegara Malaysia dan rakyat Terengganu.
  3. Pelajar-Pelajar Yang Layak Memohon Dari:
    – Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu (SMANT)
    – Madrasah Moden Terengganu (MMT)
    – Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK Luar Terengganu)
    – Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
    – Sekolah Menengah Kebangsaan, Kelas Aliran Agama (KAA)
    – Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu
    – Sekolah Menengah Agama Swasta
  4. Memenuhi syarat khas kemasukan.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web http://smaonline.terengganu.gov.my/.
  2. Klik butang ‘Permohonan.’
  3. Isi no kad pengenalan dan klik butang ‘Hantar/Semak.’
  4. Isi borang permohonan dengan lengkap.
  5. Klik butang ‘Hantar.’

Info Lanjut

Info lanjut mengenai kemasukan Tingkatan 6 SMA Negeri Terengganu , sila layari laman web http://smaonline.terengganu.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: