Permohonan Kemasukan Tingkatan 6 STAM SMA MAIWP 2022
Pelajar yang berminat untuk mengambung pengajian di Tingkatan 6 Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) Kuala Lumpur, permohonan kemasukan telah dibuka.
Untuk makluman, SMA MAIWP merupakan institusi pendidikan yang telah ditubuhkan hasil daripada Mesyuarat MAIWP Kali Ke-96 yang bersidang pada 28 Julai 2006.
Tujuan penubuhan sekolah ini adalah bagi membuka peluang kepada para pelajar lulusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) melanjutkan pelajaran di peringkat menengah sebagai kesinambungan pendidikan agama di sekolah-sekolah rendah agama di Wilayah Persekutuan.
Selain itu, penubuhan sekolah ini juga adalah untuk menampung permintaan masyarakat yang tinggi terhadap sekolah menengah agama.
Oleh itu, bagi pemohon yang berminat, permohonan kemasukan Tingkatan 6 STAM SMA MAIWP telah dibuka mulai 16 Februari 2022 sehingga 11 Mac 2022.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon untuk memohon kemasukan ini adalah seperti berikut:
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia
- Umur pemohon tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2022
- Pemohon telah menduduki peperiksaan:
– Percubaan SPM 2021; atau
– SPM 2020; atau
– SPM 2019 - Memperolehi pencapaian minima dalam mata pelajaran berikut:
Mata Pelajaran | Pencapaian Minima |
Bahasa Melayu | C+ |
Lughah Arabiah Muasirah (LAM) / Bahasa Arab | C |
Pendidikan al Quran as-Sunnah/Pendidikan Syariah Islamiah Pendidikan Agama Islam | C |
Usul ad-Din/Syariah | C |
Cara Memohon
Pemohon boleh membuat permohonan dengan mengikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari pautan berikut iaitu https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/download/category/47-permohonan-stam.
- Muat turun borang permohonan.
- Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
- Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
- Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan ke alamat berikut:
Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP KL),
No 2, Jln Sri Permaisuri,
Bandar Sri Permaisuri,
56000 Cheras Kuala Lumpur.
Dokumen Sokongan
Dokumen sokongan yang perlu dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi.
- Salinan kad pengenalan pemohon/ibu dan bapa atau penjaga.
- Salinan keputusan Sijil Menengah Agama (SMA) (jika ada).
- Salinan keputusan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Salinan sijil –sijil Kokurikulum.
- Salinan slip gaji atau surat pengesahan pendapatan (jika tiada slip gaji) – bapa,
ibu/penjaga.
Pemohon perlu memastikan semua dokumen yang disertakan telah mendapat pengesahan.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai kemasukan Tingkatan 6 STAM SMA MAIWP, sila layari laman web https://www.maiwp.gov.my/.