Permohonan Kemasukan Tingkatan Satu SMAK Negeri Perak 2022

Ibu bapa di Negeri Perak yang ingin menghantar anak mereka bagi Tingkatan 1 ke Sekolah Menengah Agama Kerajaan (SMAK) Negeri Perak bagi sesi 2022, permohonan kemasukan masih dibuka.

SMAK Negeri Perak merupakan sekolah menengah agama yang menggabungkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dengan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD)atau Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT).

Oleh itu, ibu bapa dan murid boleh memilih sama ada ingin memilih sekolah yang melaksanakan gabungan KSSM dan KBT atau KSSM dan KBT.

Permohonan bagi kemasukan ke Tingkatan 1 ini perlu dibuat secara atas talian dan tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Oktober 2021.

Senarai Sekolah

Senarai sekolah SMAK Negeri Perak mengikuti kurikulum adalah seperti berikut:

i) KSSM dan KBT

  • Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Manjung
  • Sekolah Menengah Tahfiz Darul Riduzan Daerah Lenggong
  • Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Batang Padang
  • Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Kerian

ii) KSSM dan KBD

  • Sekolah Izzuddin Shah
  • Sekolah Raja Perempuan Taayah
  • Sekolah Raja Dr Nazrin Shah

Syarat Permohonan

Hanya 2 syarat permohonan yang perlu dipenuhi ibu bapa dan murid yang ingin memohon kemasukan ke SMAK Negeri Perak ini iaitu:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Merupakan murid tahun 6 pada tahun 2021 yang berumur 12 tahun.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan kemasukan Tingkatan 1 SMAK Negeri Perak, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web iaitu https://e-smanperak.my/.
  2. Pergi ke bahagian ‘Permohonan’ dan klik bahagian ‘Pelajar Baru.’
  3. Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Semakan.’
  4. Jika nama tiada dalam sistem dan carian tidak ditemui, klik butang ‘Daftar Di Sini.’
  5. Tandakan pada kotak pengesakan dan klik butang ‘Seterusnya.’
  6. Isi maklumat-maklumat berikut dengan lengkap dan betul:
    – Maklumat sekolah
    – Maklumat profil murid
    – Alamat
    – Maklumat Ibu Bapa/Penjaga
    – Maklumat Kecemasan
    – Maklumat Akademik
    – Al-Quran
    – KOQ
    – Keluarga
  7. Buat pengesahan dan hantar permohonan setelah semuanya lengkap.

Semakan Permohonan

Selepas permohonan dibuat, ibu bapa atau murid boleh membuat semakan permohonan melalui langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web iaitu https://e-smanperak.my/.
  2. Pergi ke bahagian ‘Permohonan’ dan klik bahagian ‘Semakan Permohonan.’
  3. Masukkan no kad pengenalan murid dan klik butang ‘Semakan.’
  4. Keputusan permohonan dipaparkan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Perak ditalian 05-208 4938/4955/4950/4953.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: