Permohonan Kemasukan UC TATI 2025/2026 (Sesi Februari)

Bagi pelajaran lepasan SPM, Sijil, STPM, ASASI/Matrikulasi, Diploma, DVM dan SVM yang ingin melanjutkan pengajian bagi program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda, salah satu institusi pendidikan yang boleh dipohon adalah Kolej Universiti TATI atau UC TATI.

Berikut adalah makluman dan info mengenai kemasukan ke kolej ini.

Mengenai UC TATI

Untuk makluman, UC TATI merupakan IPTS yang memulakan operasinya pada tahun 1993 yang dahulunya dikenali sebagai Terengganu Advanced Technical Institute (TATI).

Penubuhan kolej universiti ini bukan sahaja merupakan inisiatif kerajaan negeri tetapi juga hasil kerjasama kerajaan persekutuan dan syarikat swasta.

Kolej universiti ini mula telah berpindah ke kampus tetap di Teluk Kalong, Kemaman pada Julai 1996 dan beroperasi di kampus tersebut sehingga hari ini.

Lokasi Kampus

Lokasi kampus adalah di UC TATI City Campus di Wisma Pmint, Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu.

Manfaat Kemasukan UC TATI

Manfaat yang bakal diperoleh pelajar yang melanjutkan pengajian di kolej universiti ini adalah seperti berikut:

  • RM200 Elaun sara hidup setiap bulan pengajian
  • Asrama sepanjang pengajian
  • Biasiswa Sukan:
    – RM200 bagi pelajar sukan yg mewakili Sukma atau Negeri
    – RM200 Elaun sara hidup setiap bulan pengajian
  • Bantuan awal persediaan (Maidam dan Yayasan Terengganu).
  • Pinjaman pelajaran akan diuruskan
  • Pinjaman MARA bagi Program Ijazah Sarjana Muda terpilih.

Program Pengajian

Program pengajian yang ditawarkan bagi kolej universiti ini adalah seperti berikut:

i) Ijazah Sarjana Muda

  • Bachelor of Business Management (Honours)

ii) Diploma

  • Diploma in Early Childhood Education
  • Diploma in Media Communication
  • Diploma in Sports Recreation
  • Diploma in Business Management

Cara Memohon

Permohonan kemasukan Februari 2025/2026 di kolej universiti ini boleh dibuat dengan melayari laman web https://ecampus.tatiuc.edu.my/pelajar/apply.php.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai kemasukan ke UC TATI, sila layari laman web https://www.tatiuc.edu.my/ atau menghubungi 09-8601130/1148.

Baca juga: UIS: Permohonan Program Asasi Sesi 2 2024/2025

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: