Semakan Keputusan Ambilan Ke-3 Program Matrikulasi KPM

Bgai yang telah memohon Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), semakan keputusan ambilan ke-3 boleh dibuat mulai 9 Ogos 2022 jam 5.00 petang.

Program Matrikulasi KPM diwujudkan pada tahun 1998 sebagai satu program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.

Program matrikulasi ini dilaksanakan di bawah KPM bagi menyeragamkan semua program matrikulasi/asasi yang selama ini dikendalikan oleh Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Senarai Matrikulasi

Calon yang berjaya mengikuti Program Matrikulasi KPM akan ditempatkan di Kolej Matrikulasi berikut mengikut jurusan yang ditawarkan:

Kolej MatrikulasiAliran/Jurusan
Kolej Matrikulasi Negeri SembilanPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi Perlis Perakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi Perak Perakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi MelakaPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi Pulau PinangPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi LabuanPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi JohorPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi PahangPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi KedahPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan KedahKejuruteraan
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan PahangKejuruteraan
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan JohorKejuruteraan
Kolej Matrikulasi KelantanPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi SarawakPerakaunan, Sains
Kolej MARA KulimPerakaunan, Sains
Kolej MARA Kuala NerangPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi SelangorPerakauanan Professional, Perakaunan, Sains

Jurusan Ditawarkan

Sebanyak 4 jurusan yang ditawarkan bagi program matrikulasi ini iaitu:

  • Jurusan Sains:
    – Sains Hayat
    – Sains Fizikal
    – Sains Komputer
  • Jurusan Kejuruteraan:
    – Kejuruteraan Asas
    – Kejuruteraan Awam
    – Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
    – Kejuruteraan Mekanikal
  • Jurusan Perakaunan
  • Jurusan Perakaunan Profesional

Cara Semakan

Untuk kemasukan ke kolej matrikulasi, semakan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://matrikulasi.moe.gov.my/.
  2. Klik bahagian ‘Semakan.’
  3. Masukkan maklumat no kad pengenalan.
  4. Klik butang ‘Semak.’
  5. Keputusan semakan permohonan dipaparkan.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai Program Matrikulasi KPM, sila hubungi:

  • Rayuan: 03-8884 4083/4042/4037
  • Pendaftaran: Hubungi kolej masing-masing
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: