Pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) semester 1 dan ulangan 2022, semakan keputusan peperiksaan boleh dibuat tidak lama lagi.
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memaklumkan, pelajar yang mengambil peperiksaan tersebut boleh membuat semakan peperiksaan melalui portal MPM atau SMS pada hari yang ditetapkan.
Untuk makluman, MPM ialah badan yang mengendalikan peperiksaan prauniversiti yang utama bagi kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia.
Ia merupakan sebuah badan berkanun yang beroperasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang ditubuhkan pada 1 Februari 1980 di bawah Akta Majlis Peperiksaan Malaysia (Akta 225).
Tarikh Semakan
Tarikh semakan peperiksaan STPM semester 1 dan ulangan boleh dibuat mulai tarikh berikut:
- Keputusan Peperiksaan Semester 1 STPM: 24 Mei 2022, hari Selasa jam 10 pagi.
- Keputusan Peperiksaan Ulangan Semester 1 STPM: 27 Mei 2022, hari Jumaat jam 10 pagi.
Mata Pelajaran STPM
Pelaksanaan sistem pentaksiran baharu STPM telah bermula pada pengambilan sesi 2012 setelah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) pada 4 Januari 2012 bermula sebanyak 22 mata pelajaran yang ditawarkan.
Walau bagaimanapun, hanya 4 atau 5 mata pelajaran sahaja yang perlu dipilih termasuk mata pelajaran Pengajian Am sebagai mata pelajaran wajib.
Namun, bermula pada tahun 2019 mata pelajaran Tahfiz Al-Quran telah dimasukkan sebagai salah satu mata pelajaran STPM, menjadikan jumlah keseluruhan mata pelajaran yang ditawarkan adalah sebanyak 23 mata pelajaran.
23 mata pelajaran tersebut adalah seperti berikut:
Kod | Mata Pelajaran |
900 | Pengajian Am |
910 | Bahasa Melayu |
911 | Bahasa Cina |
912 | Bahasa Tamil |
913 | Bahasa Arab |
920 | Literature in English |
922 | Kesusasteraan Melayu Komunikatif |
930 | Syariah |
931 | Usuluddin |
940 | Sejarah |
942 | Geografi |
944 | Ekonomi |
946 | Pengajian Perniagaan |
948 | Perakaunan |
950 | Mathematics (M) |
954 | Mathematics (T) |
958 | Information and Communications Technology (ICT) |
960 | Physics |
962 | Chemistry |
964 | Biology |
966 | Sains Sukan |
970 | Seni Visual |
932 | Tahfiz Al-Quran |
Cara Membuat Semakan
Semakan keputusan peperiksaan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:
i) Melalui Portal MPM
- Layari portal MPM iaitu https://stpm.mpm.edu.my/.
- Klik jenis peperiksaan yang ingin disemak.
- Masukkan no kad pengenalan.
- Keputusan peperiksaan dipaparkan.
ii) Melalui SMS
- Taip STPM<jarak>RESULTS1<jarak>No. KP atau;
- Taip STPM<jarak>RESULTU1<jarak>No. KP
- Hantar ke 15888.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai semakan keputusan STPM semester 1 dan ulangan, sila email ke alamat stpm.mpm.edu.my.