Semakan Keputusan Peperiksaan UiTM Semester 2 2022/2023

Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) sama ada di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, dan PhD yang mengambil peperiksaan semester 2 2022/2023 boleh menyemak keputusan peperiksaan UiTM mulai 8 September 2023.

Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan sebuah Universiti Awam yang berpusat di Shah Alam dengan mempunyai 12 buah kampus negeri iaitu 7 daripadanya adalah kampus negeri berautonomi, 6 kampus satelit di Shah Alam, 11 kampus satelit negeri dan 21 kolej bersekutu.

Universiti ini bermula dengan penubuhan Dewan Latehan RIDA ditubuhkan ekoran hasil lawatan ke Ceylon (kini Sri Lanka) untuk program pembangunan dalam negeri pada tahun 1951.

Kemudiannya, Dewan Latehan RIDA telah ditukar nama kepada Maktab MARA pada bulan Jun 1965 untuk memberi nafas baru dan aspirasi kepada pusat latihan itu sendiri.

Pada tahun 1967, Maktab MARA dinaiktaraf ke Institut Teknologi MARA (ITM) sebagai respons kepada keperluan di Malaysia untuk profesional yang terlatih, terutama di kalangan bumiputera.

Pada 26 Ogos 1999, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan pertukaran nama ITM kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) sehingga hari ini.

Tarikh Semakan Keputusan Peperiksaan UiTM

Pelajar boleh membuat semakan keputusan melalui MyStudent atau iStudent Portal mulai 8 September 2023 9.00 pagi.

Semakan Keputusan Peperiksaan

Semakan keputusan peperiksaan boleh dibuat menerusi aplikasi MyStudent atau iStudent Portal yang merupakan portal pelbagai fungsi bagi semua pelajar UiTM.

Selain semakan keputusan peperiksaan, beberapa fungsi yang boleh diakses oleh pelajar UiTM menerusi portal ini iaitu:

  • Urusan konvokesyen
  • Pembayaran yuran
  • Pendaftaran subjek
  • Digital campus
  • Kad Pelajar
  • Pengumuman tarikh peperiksaan
  • Urusan Hal Ehwal Pelajar (HEP)
  • Lain-lain akses

Checklist Sebelum Semakan Keputusan Peperiksaan

Sebelum menyemak keputusan peperiksaan, pelajar perlu menyemak 3 checklist yang diberikan iaitu:

  • Membayar semua yuran atau bil tertunggak di iStudent Portal.
  • Memuat naik gambar berukuran pasport di https://kad.uitm.edu.my (jika berkenaan).
  • Mengemas kini maklumat pelajar di aplikasi MyStudent seperti:
    – Biasiswa (jika berkenaan)
    – Pendapatan keluarga
    – Bilangan adik beradik
    – Penyata anak pertama menyambung pelajaran dalam Sarjana Muda di Universiti Awam (UA) di Malaysia.

Cara Semakan Keputusan Peperiksaan

Semakan keputusan peperiksaan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://istudent.uitm.edu.my/.
  2. Masukkan Nombor Pelajar/Student ID anda.
  3. Isi Password/Kata Laluan pelajar.
  4. Klik pada butang ‘Check My Result Now’.
  5. Keputusan peperiksaan dipaparkan.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai semakan keputusan peperiksaan UiTM, sila hubungi 03-5544 3509.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: