Semakan Keputusan Permohonan Rayuan RKPYS 2022 Tingkatan 1

Ibu bapa yang telah membuat rayuan bagi permohonan rayuan Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor (RKPYS) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Yayasan Selangor (YS) untuk Tingkatan 1, semakan keputusan permohonan rayuan RKPYS kini boleh di buat.

Untuk makluman, RKPYS adalah program bersama antara KPM dan YS untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1 yang akan ditempatkan di sekolah-sekolah terkemuka di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Selangor serta tinggal di asrama-asrama milik YS.

Tujuan utama program ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar golongan berpendapatan rendah atau miskin di Negeri Selangor tetapi berpotensi cemerlang dalam pelajaran dengan memberikan kemudahan-kemudahan penempatan pendidikan kepada mereka.

Menerusi program ini, murid akan diberikan biasiswa dan juga bimbingan akademik seperti kelas tuisyen, latih-tubi dan seminar peperiksaan yang dibimbing oleh guru-guru pakar yang terlatih.

Penempatan Asrama

Bagi penempatan asrama, mereka akan di tempatkan di sekolah-sekolah terpilih di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan juga Asrama Pusat Yayasan Selangor.

i) Asrama Pengurusan Yayasan Selangor

Sebanyak 2 buah Asrama Pusat yang berada di bawah Pengurusan Yayasan Selangor iaitu:

  1. Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam (AYSSB)
  2. Asrama Yayasan Selangor Klang (AYSK)
AsramaNama SekolahJantina
AYSSBSMK Ungku Aziz, Sabak BernamLelaki
AYSKSMK Tinggi Klang, KlangLelaki
AYSKSMK Tengku Ampuan Rahimah, KlangLelaki/
Perempuan
AYSKSMK (P) Methodist, KlangPerempuan
AYSKSMK Convent, KlangPerempuan
AYSKSMK Methodist ACS, KlangLelaki
AYSKSMK (P) Bukit Kuda, KlangPerempuan

ii) Asrama Daerah Yayasan Selangor

AsramaNama SekolahJantina
Sabak BernamSMK Ungku Aziz, Sabak BernamPerempuan
Sabak BernamSMK Sungai BesarLelaki/Perempuan
Sabak BernamSMK Dato’ Mustaffa, SekinchanPerempuan
Kuala SelangorSMK Dato’ Harun, Tanjong KarangLelaki/Perempuan
Kuala SelangorSMK Pengkalan PermatangLelaki/Perempuan
Hulu SelangorSMK Kuala Kubu BharuLelaki/Perempuan
PetalingSMK Damansara UtamaLelaki/Perempuan
PetalingSMK Shah AlamLelaki/Perempuan
Hulu LangatSMK Tinggi KajangLelaki
Hulu LangatSMK Sultan Abdul Aziz Shah, KajangLelaki/Perempuan
Hulu LangatSMK Jalan Tiga (Kelas Aliran Agama)Perempuan
Kuala LangatSMK Telok Panglima GarangLelaki/Perempuan
Kuala LangatSMK BantingLelaki/Perempuan
Kuala LangatSMK Bukit ChanggangLelaki/Perempuan
SepangSMK Seri SepangLelaki/Perempuan
W.P Kuala LumpurSMK VictoriaLelaki

iii) Tanpa Asrama (Berulang dari rumah)

NegeriNama SekolahJantina
SelangorSMK (P) Sri Aman, Petaling JayaPerempuan
SelangorSMK (P) Assunta, Petaling JayaPerempuan
SelangorSMK (L) Bukit Bintang, Petaling JayaLelaki
W.P Kuala LumpurSMK Aminuddin BakiLelaki/Perempua

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang telah ditetapkan sebelum ini adalah seperti berikut:

  1. Mendapat sekurang-kurangnya TP 3 di dalam semua matapelajaran Pentaksiran Bilik Darjah Tahun 6 di sekolah rendah.
  2. Bersekolah rendah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia atau sekolah rendah swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (keutamaan diberi kepada murid luar bandar
  3. Pemohon atau ibu atau bapa lahir di Selangor atau bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun
  4. Pemohon dari keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita (pendapatan ibu bapa bahagi jumlah tanggungan) kurang RM2000.00 sebulan.
  5. Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia.
  6. Pemohon sihat fizikal, mental dan emosi dengan mendapat pengesahan doktor. Pemohon tidak cacat fizikal yang menyukarkan bergerak atau berjalan seperti naik turun bas, bersukan dan lain-lain.

Cara Semakan Rayuan

Semakan rayuan bagi program ini boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web http://sm.yselangor.com/smpysv2/.
  2. Klik butang ‘Semak Permohonan.’
  3. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan.
  4. Klik butang ‘Teruskan.’
  5. Status permohonan rayuan dipaparkan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai semakan keputusan rayuan RKPYS 2022, sila layari laman web YS di pautan http://yayasanselangor.org.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: