keputusan-rayuan-upuonline

Semakan Keputusan Rayuan UPUOnline Lepasan SPM 2022/2023

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah membuat rayuan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi sesi 2022/2023 menerusi sistem UPUOnline, semakan keputusan rayuan bagi dibuat mulai 22 Julai 2022 jam 12.00 tengah hari.

UPUOnline ialah sistem atas talian yang diwujudkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi tujuan permohonan calon untuk memasuki IPT di dalam negara.

Keputusan rayuan ini adalah bagi permohonan rayuan yang dibuat pada 23 Julai 2022 sehingga 31 Julai 2022 yang lalu.

Bagi pelajar yang telah membuat rayuan sebelum ini, semakan keputusan rayuan boleh dibuat sehingga 31 Julai 2022, jam 5.00 petang menerusi pautan yang disediakan.

Cara Membuat Semakan

Semakan keputusan rayuan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

i) Laman Web

  1. Layari laman web berikut:
    https://jpt.utm.my
    https://jpt.uum.edu.my
    https://jpt.unimas.my
    https://jpt.ums.edu.my
    https://jpt.umt.edu.my
  2. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik Semak.
  3. Keputusan permohonan dipaparkan

ii) Aplikasi Telefon Pintar

Semakan juga boleh dibuat menerusi aplikasi telefon pintar UPUPocket yang boleh dimuat turun di platform:

  • Google Play Store
  • Apple App Store
  • Huawei App Gallery

Setuju Terima

Bagi mereka berjaya mendapat tawaran, mereka perlu mengesahkan setuju terima tawaran tersebut pada 23 Ogos 2022 hingga 27 Ogos 2022.

Tawaran Tempat

Tawaran tempat bagi sesi akademik 2022/2023 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program mahupun pertukaran institusi tidak dibenarkan.

Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dijalankan.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai semakan keputusan rayuan UPUOnline sesi 2022/2023, sila hubungi:

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top