Semakan Keputusan Rayuan UPUOnline Lepasan STPM 24/25
Pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang telah membuat permohonan kemasukan rayuan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi sesi 2024/2025 menerusi sistem UPUOnline, semakan permohonan keputusan rayuan UPUOnline boleh dibuat mulai 4 Oktober 2024.
Untuk makluman, UPUOnline ialah sistem atas talian yang diwujudkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi tujuan permohonan calon untuk memasuki IPT di dalam negara.
Bagi pelajar yang tidak berjaya dalam permohonan sebelum ini, mereka diberikan peluang untuk membuat permohonan rayuan.
Permohonan Rayuan
Untuk pelajar yang gagal mendapat tawaran program pengajian sebelum ini, mereka boleh mengemukakan rayuan melalui UPUOnline.
Bagi kemasukan ke UA, permohonan rayuan boleh dibuat menerusi pautan https://upu.mohe.gov.my dan untuk rayuan ke Kolej Politeknik dan ILKA, rayuan boleh dilakukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline.
Tawaran tempat bagi sesi akademik 2024/2025 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program mahupun pertukaran institusi tidak dibenarkan.
Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dijalankan.
Kemasukan Ke IPT
Semakan permohonan ini adalah permohonan bagi melanjutkan pengajian ke:
- Universiti Awam (UA)
- Politeknik
- Kolej Komuniti
- Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) peringkat Sijil, Asasi, dan Diploma.
Tatacara Membuat Semakan Rayuan UPUOnline
Semakan rayuan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
i) Laman Web
- Layari laman web berikut:
– https://jpt.utm.my
– https://jpt.uum.edu.my
– https://jpt.unimas.my
– https://jpt.ums.edu.my
– https://jpt.umt.edu.my - Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik Semak.
- Keputusan permohonan dipaparkan
ii) Aplikasi Telefon Pintar
Semakan juga boleh dibuat menerusi aplikasi telefon pintar UPUPocket yang boleh dimuat turun di platform:
- Google Play Store
- Apple App Store
- Huawei App Gallery
Setuju Terima Tawaran
Bagi pelajar yang berjaya dalam permohonan mereka, pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai 5 Oktober sehingga 12 Oktober 2024 setelah pelajar membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.
Pengesahan tersebut boleh dilakukan di lawan web IPTA atau ILKA yang terlibat setelah pelajar membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.
Pertanyaan Lanjut UPUOnline
Pertanyaan lanjut mengenai semakan keputusan rayuan UPUOnline sesi 2024/2025 lepasan STPM, sila hubungi:
- Maklumbalas UPU: https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
- Emel: [email protected]
- UPUChat: https://upuchat.org/