Semakan Keputusan Semester 2 STPM 2024 & Rayuan Semula
Pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) semester 2 2024 boleh membuat semakan keputusan mulai 15 Oktober 2024.
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memaklumkan, pelajar yang mengambil peperiksaan tersebut boleh membuat semakan peperiksaan melalui portal MPM atau SMS pada hari yang ditetapkan.
Mengenai MPM
Untuk makluman, MPM ialah badan yang mengendalikan peperiksaan prauniversiti yang utama bagi kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia.
Ini termasuklah mengendalikan peperiksaan seperti STPM buat calon-calon di seluruh negara.
Majlis ini juga merupakan sebuah badan berkanun yang beroperasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang ditubuhkan pada 1 Februari 1980 di bawah Akta Majlis Peperiksaan Malaysia (Akta 225).
Tarikh Semakan
Tarikh semakan peperiksaan STPM Semester 2 2024 boleh dibuat mulai 15 Oktober 2024 (Selasa) jam 10.00 pagi.
Mata Pelajaran STPM
Pelaksanaan sistem pentaksiran baharu STPM telah bermula pada pengambilan sesi 2012 setelah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) pada 4 Januari 2012 bermula sebanyak 22 mata pelajaran yang ditawarkan.
Walau bagaimanapun, hanya 4 atau 5 mata pelajaran sahaja yang perlu dipilih termasuk mata pelajaran Pengajian Am sebagai mata pelajaran wajib.
Namun, bermula pada tahun 2019 mata pelajaran Tahfiz Al-Quran telah dimasukkan sebagai salah satu mata pelajaran STPM, menjadikan jumlah keseluruhan mata pelajaran yang ditawarkan adalah sebanyak 23 mata pelajaran.
23 mata pelajaran tersebut adalah seperti berikut:
Kod | Mata Pelajaran |
900 | Pengajian Am |
910 | Bahasa Melayu |
911 | Bahasa Cina |
912 | Bahasa Tamil |
913 | Bahasa Arab |
920 | Literature in English |
922 | Kesusasteraan Melayu Komunikatif |
930 | Syariah |
931 | Usuluddin |
940 | Sejarah |
942 | Geografi |
944 | Ekonomi |
946 | Pengajian Perniagaan |
948 | Perakaunan |
950 | Mathematics (M) |
954 | Mathematics (T) |
958 | Information and Communications Technology (ICT) |
960 | Physics |
962 | Chemistry |
964 | Biology |
966 | Sains Sukan |
970 | Seni Visual |
932 | Tahfiz Al-Quran |
Cara Membuat Semakan
Semakan keputusan peperiksaan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:
i) Melalui Portal MPM
- Layari portal MPM iaitu https://stpm.mpm.edu.my/.
- Klik jenis peperiksaan yang ingin disemak.
- Masukkan no kad pengenalan.
- Keputusan peperiksaan dipaparkan.
ii) Melalui SMS
- Taip STPM<jarak>RESULTS1<jarak>No. KP atau;
- Taip STPM<jarak>RESULTU1<jarak>No. KP
- Hantar ke 15888.
Rayuan Semakan Semula
Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan mereka boleh membuat rayuan semakan semula mulai 15 Oktober 2024 sehingga 20 Oktober 2024.
Rayuan tersebut boleh dibuat melalui pautan https://mecea.mpm.edu.my/SS_STPM/.
Bayaran permohonan rayuan semak semula ialah RM50.00 bagi satu kertas dan pembayaran boleh dibuat secara atas talian.
Keputusan rayuan adalah dalam tempoh 15 hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan boleh disemak melalui pautan rayuan di atas.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai semakan keputusan semester 2 STPM 2024 dan rayuan semakan semula, sila layari laman web https://www.mpm.edu.my/.
Baca juga: STPM 2024: Pendaftaran Calon Sekolah Swasta & Persendirian