Tarikh Semakan Keputusan Peperiksaan SPM 2024

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 akan dikeluarkan pada 24 April 2025 (Khamis).

Seramai 402,956 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM pada tahun tersebut di 3,337 pusat peperiksaan seluruh negara.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai keputusan peperiksaan ini.

Apa Itu SPM?

SPM merupakan peperiksaan kebangsaan yang utama yang ditadbir secara berpusat dengan elemen penilaian kerja kursus yang ditadbir oleh sekolah dan diambil di akhir pendidikan sekolah menengah.

Peperiksaan ini perlu diambil oleh semua pelajar yang telah menamatkan pendidikan menengah, atau yang telah mengikuti lima atau enam tahun sekolah rendah dan telah menyempurnakan lima tahun pendidikan menengah.

Keputusan peperiksaan ini juga akan digunakan untuk kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) berdasarkan pencapaian kombinasi mata pelajaran dalam SPM yang sesuai dengan kursus yang ingin diambil kelak.

Tarikh Keputusan SPM 2024

Keputusan SPM ini akan dikeluarkan pada 24 April 2025 (Khamis).

Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada tarikh tersebut.

Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

Cara Semak Keputusan SPM

Semakan keputusan SPM boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  • Secara dalam talian melalui pautan https://myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM Tahun 2024 mulai pukul 10.00 pagi pada 24 April 2025 sehingga pukul 6.00 petang pada 30 April 2025; dan/atau
  • Secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2024 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888. Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 24 April 2025 sehingga pukul 6.00 petang pada 30 April 2025.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai keputusan SPM 2024, sila layari laman web KPM iaitu https://www.moe.gov.my/.

Baca juga: Bantuan Sara Diri, Kecemasan & Baucar Buku Perak 2025

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: