SPMU 2024: Semak Keputusan Peperiksaan Mulai 1 Okt 2024

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) bagi tahun 2024 akan dikeluarkan pada 1 Oktober 2024 iaitu pada hari Selasa.
Untuk makluman, SPMU ialah ialah peperiksaan SPM yang dijalankan kali kedua bagi calon yang gagal dalam SPM pada kali pertama.
Untuk makluman, untuk tahun 2024 seramai 8,195 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan ini di 187 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Mengenai SPMU
SPMU merupakan peperiksaan yang dijalankan bagi pelajar yang ingin mengulang kertas peperiksaan SPM selepas gagal dalam SPM pada kali pertama.
Ini bagi memberikan peluang kedua kepada pelajar untuk memperbaiki keputusan peperiksaan SPM mereka pada tahun tersebut.
Pelajar boleh mengambil peperiksaan ini sekiranya mata pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah, Mataematik, dan E-level adalah dalam gred gagal.
Pendaftaran Peperiksaan
Lazimnya, pendaftaran peperiksaan ini akan dibuka selepas keputusan SPM dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Individu yang ingin membuat pendaftaran peperiksaan ini boleh membuat pendaftaran secara atas talian melalui portal https://sppat.moe.gov.my/.
Mata Pelajaran Terlibat
Peperiksaan ini melibatkan mata pelajaran seperti:
- Bahasa Melayu
- Sejarah
- Matematik
Cara Membuat Semakan SPMU 2024
Semakan keputusan peperiksaan SPMU 2024 boleh dibuat menerusi cara-cara berikut:
i) Dalam Talian
Semakan keputusan boleh dibuat menerusi dalam talian melalui pautan http://myresultspmu.moe.gov.my.
Keputusan penuh peperiksaan secara dalam talian akan mula dikeluarkan mulai pukul 10:00 pagi 1 Oktober 2024 sehingga pukul 6:00 petang pada 7 Oktober 2024.
ii) Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
Semakan keputusan juga boleh dibuat melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) di telefom bimbit masing-masing.
Untuk mendapatkan keputusan peperiksaan ini, taip SPMU<jarak>NoKP<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888.
Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10:00 pagi pada 1 Oktober 2024 sehingga pukul 6:00 petang pada 7 Oktober 2024.
iii) Secara Manual
Bagi calon yang tidak mempunyai capaian internet, sila berhubung dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing untuk mendapatkan keputusan peperiksaan SPMU tahun 2024.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai keputusan peperiksaan SPMU 2023 ini, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/.
Baca juga: UPUOnline: Semakan Keputusan Rayuan Lepasan SPM