Koleksi Kertas Peperiksaan Sebenar SPM Bahasa Inggeris
Bahasa Inggeris merupakan salah satu subjek yang perlu diambil di dalam peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).
Jika pelajar mendapat keputusan yang cemerlang SPM bagi subjek Bahasa Inggeris, ini akan mencerahkan peluang mereka untuk memasuki universiti atau IPTA yang ingin dipohon.
Oleh sebab itu, pelajar adalah digalakkan untuk merujuk kertas peperiksaan sebenar SPM bagi subjek Bahasa Inggeris untuk memantapkan kefahaman mereka terutamanya sewaktu peperiksaan berlangsung.
Format Peperiksaan
Format peperiksaan bagi subjek ini dalam SPM adalah seperti berikut:
Koleksi Kertas Soalan
Koleksi kertas soalan bagi subjek ini mengikut tahun adalah seperti berikut:
i) Tahun 2019 Kertas 1
Tahun 2019 Kertas 2
ii) Tahun 2018 Kertas 1
Tahun 2018 Kertas 2
iii) Tahun 2017 Kertas 1 dan 2
iv) Tahun 2016 Kertas 1
Tahun 2016 Kertas 2
v) Tahun 2015 Kertas 1 dan 2
vi) Tahun 2014 Kertas 1 dan 2
Peringatan Kepada Calon Peperiksaan
Calon yang menduduki peperiksaan SPM di dewan/bilik peperiksaan adalah dilarang:
- Membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan, Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan, telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam Bilik Menunggu/Bilik Lapor Diri/Dewan/Bilik Peperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.
- Menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di Bilik Menunggu/Bilik Lapor
Diri/Dewan/Bilik Peperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin. - Mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.
- Memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar Bilik Menunggu/Bilik Lapor Diri/Dewan/Bilik Peperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin walau dengan apa-apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.
- Menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.
- Menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas
Peperiksaan/Ketua Pengawas Amali/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor). - Menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
- Membuat rujukan di luar Bilik Menunggu/Bilik Lapor Diri/Dewan/Bilik Peperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin semasa peperiksaan.
- Membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan keluar dari Bilik Menunggu/Bilik Lapor Diri/Dewan/Bilik
Peperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin. - Membuat cubaan memberi suapan/rasuah dengan apa-apa cara sekalipun kepada petugas
peperiksaan/petugas pemeriksaan.
Mengenai SPM 2022
Untuk maklumat lanjut mengenai SPM 2022, sila layari laman web http://lp.moe.gov.my/index.php/jw-spm/1187-jadual-waktu-peperiksaan-spm-2022