Koleksi Kertas Peperiksaan Sebenar SPM Bahasa Melayu

Salah satu mata pelajaran utama yang perlu diambil oleh para pelajar di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah Bahasa Melayu.
Bahasa Melayu merupakan subjek yang amat penting di dalam SPM kerana subjek ini merupakan wajib lulus untuk mendapatkan sijil SPM.
Tambahan pula, permohonan kemasukan ke universiti turut mengambil kira subjek ini di dalam SPM.
Adalah amat penting bagi seseorang elajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang di dalam subjek ini untuk memastikan mereka dapat melanjutkan pengajian ke universiti.
Format Peperiksaan
Format peperiksaan SPM adalah seperti jadual di bawah:
Koleksi Kertas Soalan
Berikut merupakan koleksi kertas soalan SPM Bahasa Melayu mengikut tahun.
i) Tahun 2020 (Ulangan)
ii) Tahun 2019
Tahun 2019 (Ulangan)
iii) Tahun 2018
Tahun 2018 Ulangan
iv) Tahun 2017
v) Tahun 2016
vi) Tahun 2015
vii) Tahun 2014
Peringatan Kepada Calon Peperiksaan
Calon yang menduduki peperiksaan SPM di dewan/bilik peperiksaan adalah dilarang:
- Membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan, Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan, telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam Bilik Menunggu/Bilik Lapor Diri/Dewan/Bilik Peperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.
- Menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di Bilik Menunggu/Bilik Lapor
Diri/Dewan/Bilik Peperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin. - Mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.
- Memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar Bilik Menunggu/Bilik Lapor Diri/Dewan/Bilik Peperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin walau dengan apa-apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.
- Menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.
- Menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas
Peperiksaan/Ketua Pengawas Amali/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor). - Menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
- Membuat rujukan di luar Bilik Menunggu/Bilik Lapor Diri/Dewan/Bilik Peperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin semasa peperiksaan.
- Membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan keluar dari Bilik Menunggu/Bilik Lapor Diri/Dewan/Bilik
Peperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin. - Membuat cubaan memberi suapan/rasuah dengan apa-apa cara sekalipun kepada petugas
peperiksaan/petugas pemeriksaan.
Mengenai SPM 2022
Untuk maklumat lanjut mengenai SPM 2022, sila layari laman web http://lp.moe.gov.my/index.php/jw-spm/1187-jadual-waktu-peperiksaan-spm-2022