Kolej Profesional MARA: Permohonan Diploma Sesi 3 2025/2026

Bagi mereka yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Diploma, permohonan kemasukan ke Kolej Profesional MARA sesi 3 2025/2026 akan dibuka mulai 10 September 2025.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai kemasukan ini.

Mengenai Kolej Profesional MARA (KPM)

Kolej Profesional MARA (KPM) menawarkan program-program diploma dan juga di peringkat sijil.

Kurikulum di institusi ini digubal oleh pakar-pakar dalam bidang berkaitan dan dikemas kini dari semasa ke semasa supaya pelajar-pelajar KPM mempunyai pengetahuan terkini dan bersedia untuk mengisi keperluan industri negara.

Setiap kampus KPM menawarkan kemudahan prasarana yang lengkap untuk kegunaan dan keselesaan pelajar.

Antaranya dewan kuliah, bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer yang dilengkapi dengan kemudahan internet, makmal bahasa, asrama, fasiliti sukan dan riadah, kafetaria, surau dan lain-lain.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka bermula pada 10 hingga 30 September 2025.

Kelebihan KPM

Kelebihan menyambung pengajian di KPM adalah seperti:

  • Program diploma yang diiktiraf oleh MQA
  • Persekitaran pembelajaran kondusif
  • Peluang menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum dan pembangunan pelajar
  • Laluan kerjaya dan pengajian yang cerah

Senarai KPM Seluruh Negara

Senarai KPM di seluruh negara adalah seperti berikut:

  • KPM Beranang
  • KPM Ayer Molek
  • KPM Indera Mahkota
  • KPM Seri Iskandar
  • KPM Bandar Penawar
  • KPM Bandar Melaka

Program Diploma Ditawarkan

Program-program Diploma yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Diploma in Accounting (DIA)
  • Diploma in Business Studies (DBS)
  • Diploma in Computer Science (DCS)
  • Diploma in Landscape and Horticulture (DLH)
  • Diploma in Entrepreneurship (DEn)
  • Diploma in Islamic Banking and Finance (DBF)
  • Diploma in English Communication (DEC)
  • Diploma in Computer Networking (DCN)
  • Diploma in Creative Digital Media Production (DCD)
  • Diploma in International Business (DIB)
  • Diploma in Integrated Logistics Management (DLM)
  • Diploma in Marketing (DMk)
  • Diploma in Business Information Technology (DBIT)
  • Diploma in Halal Industry (DHI)
  • Certificate in Finance, Accounting and Business (CFAB ICAEW)
  • Certified Accounting Technician (CAT)
  • Intensive English Programme (IEP)

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon kemasukan ke KPM adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera;
  2. Berumur 18 sehingga 35 tahun;
  3. Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.

Cara Memohon

Pemohon boleh membuat permohonan di pautan https://hi-edu.my/ dalam tempoh permohonan dibuka.

Soalan Lazim

Saya ingin membuat permohonan untuk kemasukan ke KPM. Perlukah saya membeli nombor pin bagi membolehkan saya membuat permohonan di laman web permohonan?

Tidak perlu. Permohonan kemasukan ke KPM tidak memerlukan pembelian nombor pin dan pendaftaran adalah percuma.

Berapa kalikah pengambilan pelajar dibuat dalam tempoh setahun?

3 kali setahun iaitu pengambilan sesi Januari, Julai dan November.

Bolehkah saya memohon pinjaman MARA bagi membiayai pengajian di Kolej Profesional MARA?

Tidak perlu. KPM adalah kolej bantuan penuh Kerajaan di mana yuran pengajian telah dibiayai oleh MARA. Pelajar hanya perlu membayar wang pendaftaran, Koperasi dan Muafakat, buku teks dan lain-lain pembayaran keperluan pengajian di KPM/

Siapakah yang layak menerima elaun sara hidup?

Semua pelajar yang mematuhi syarat yang sedang berkuatkuasa.

Adakah saya layak tinggal di asrama?

Ya. Semua pelajar baharu diwajibkan tinggal di asrama. Bagi pelajar kanan, kemudahan tinggal di asrama bergantung kepada kekosongan dan syarat yang ditetapkan.

Adakah kesemua program pengajian di KPM mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)?

Kesemua program yang telah cukup tempoh pengajian telah mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan sijil akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Bagi program baharu, pihak Kolej Profesional MARA sedang dalam proses untuk mendapatkannya.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai kemasukan ke Kolej Profesional MARA, sila layari laman web https://www.mara.gov.my/.

Baca juga: Semakan Keputusan Peperiksaan UiTM Semester Mac-Ogos 2025

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: