Semakan Permohonan Kolej Profesional MARA & Kolej MARA
Bagi pemohon yang telah memohon kemasukan ke Kolej Profesional MARA dan Kolej MARA, semakan permohonan boleh dibuat mulai 1 Julai 2024.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai perkara ini.
Mengenai Kolej Profesional MARA & Kolej MARA
Untuk makluman, kolej profesional ini merupakan institusi pendidikan yang menawarkan program-program diploma dan sijil.
Kurikulum di kolej ini telah digubal oleh pakar-pakar dalam bidang berkaitan dan dikemas kini dari semasa ke semasa supaya pelajar-pelajar mempunyai pengetahuan terkini dan bersedia untuk mengisi keperluan industri negara.
Manakala Kolej MARA pula menawarkan pelbagai program pra-universiti sebagai persediaan kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian program ijazah dan profesional dalam pelbagai bidang seperti perubatan, pergigian, kejuruteraan, seni bina, dan perakaunan di universiti dalam dan luar negara.
Lokasi Kolej
Sehingga kini, terdapat 6 kolej profesional ini di seluruh negara iaitu:
- Kolej Profesional Beranang
- Kolej Profesional Ayer Molek
- Kolej Profesional Indera Mahkota
- Kolej Profesional Seri Iskandar
- Kolej Profesional Bandar Penawar
- Kolej Profesional Bandar Melaka
Untuk Kolej MARA, terdapat 4 kolej ini di seluruh negara iaitu:
- Kolej MARA Banting
- Kolej MARA Seremban
- Kolej MARA Kulim
- Kolej MARA Kuala Nerang
Program Yang Ditawarkan
Program yang ditawarkan di kolej profesional ini adalah seperti berikut:
- Diploma in Accounting (DIA)
- Diploma in Business Studies (DBS)
- Diploma in Landscape and Horticulture (DLH)
- Diploma in Entrepreneurship (DEN)
- Diploma in Islamic Banking and Finance (DBF)
- Diploma in Computer Networking (DCN)
- Diploma in Creative Digital Media Production (DCD)
- Diploma in International Business (DIB)
- Diploma in Integrated Logistics Management (DLM)
- Diploma in Marketing (DMK)
- Diploma in Business and Information Technology (DBIT)
- Diploma in Computer Science (DCS)
- Diploma in English Communication (DEC)
- Diploma in Halal Industry (DHI)
- Certificate in Finance, Accounting and Business (CFAB ICAEW)
- Certified Accounting Technician (CAT)
- Intensive English Programme (IEP)
Untuk Kolej MARA, program-program yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- Program Diploma International Baccalaureate (IB)
- Program Cambridge A-Level
- Program Asasi dan Pra-Universiti
- Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia
Syarat Kelayakan
3 syarat kelayakan yang dikenakan kepada pemohon yang ingin memasuki kolej ini iaitu:
- Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera.
- Berumur 18 sehingga 35 tahun.
- Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.
Cara Untuk Memohon Kemasukan
Permohonan kemasukan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://hi-edu.my/.
- Klik butang ‘Klik Disini Untuk Permohonan KPM.’
- Klik bahagian ‘Pengguna Baru.’
- Isi semua maklumat yang diperlukan dan klik ‘Hantar.’
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Lengkapkan permohonan dan hantar.
Cara Semakan Permohonan
Semakan keputusan permohonan juga boleh dibuat menerusi pautan https://hi-edu.my/ bermula 1 Julai 2024.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai kemasukan ke kedua-dua kolej ini, sila layari laman web https://hi-edu.my/.