Permohonan Kolej Profesional MARA & Kolej MARA 2025/2026

Permohonan kemasukan ke Kolej Profesional MARA dan Kolej MARA bagi sesi 2025/2026 telah dibuka.

Berikut merupakan info kemasukan ke kolej ini.

Mengenai Kolej Profesional MARA & Kolej MARA

Untuk makluman, kolej profesional ini merupakan institusi pendidikan yang menawarkan program-program diploma dan sijil.

Kurikulum di kolej ini telah digubal oleh pakar-pakar dalam bidang berkaitan dan dikemas kini dari semasa ke semasa supaya pelajar-pelajar mempunyai pengetahuan terkini dan bersedia untuk mengisi keperluan industri negara.

Manakala Kolej MARA pula menawarkan pelbagai program pra-universiti sebagai persediaan kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian program ijazah dan profesional dalam pelbagai bidang seperti perubatan, pergigian, kejuruteraan, seni bina, dan perakaunan di universiti dalam dan luar negara.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka mulai 25 April 2025 sehigga 25 Mei 2025.

Keistimewaan Kolej Profesional MARA & Kolej MARA

Antara keistimewaan kemasukan ke kolej ini adalah seperti berikut:

  • Program yang diiktiraf dan relevan dengan keperluan industri
  • Persekitaran pembelajaran kondusif dan holistik
  • Penekanan kepada pembangunan sahsiah dan kepimpinan pelajar
  • Peluang untuk melanjutkan pengajian ke IPTA/IPTS

Lokasi Kolej

Sehingga kini, terdapat 6 kolej profesional ini di seluruh negara iaitu:

  • Kolej Profesional Beranang
  • Kolej Profesional Ayer Molek
  • Kolej Profesional Indera Mahkota
  • Kolej Profesional Seri Iskandar
  • Kolej Profesional Bandar Penawar
  • Kolej Profesional Bandar Melaka

Untuk Kolej MARA, terdapat 4 kolej ini di seluruh negara iaitu:

  • Kolej MARA Banting
  • Kolej MARA Seremban
  • Kolej MARA Kulim
  • Kolej MARA Kuala Nerang

Program Yang Ditawarkan

Program yang ditawarkan di kolej profesional ini adalah seperti berikut:

  • Diploma in Accounting (DIA)
  • Diploma in Business Studies (DBS)
  • Diploma in Landscape and Horticulture (DLH)
  • Diploma in Entrepreneurship (DEN)
  • Diploma in Islamic Banking and Finance (DBF)
  • Diploma in Computer Networking (DCN)
  • Diploma in Creative Digital Media Production (DCD)
  • Diploma in International Business (DIB)
  • Diploma in Integrated Logistics Management (DLM)
  • Diploma in Marketing (DMK)
  • Diploma in Business and Information Technology (DBIT)
  • Diploma in Computer Science (DCS)
  • Diploma in English Communication (DEC)
  • Diploma in Halal Industry (DHI)
  • Certificate in Finance, Accounting and Business (CFAB ICAEW)
  • Certified Accounting Technician (CAT)
  • Intensive English Programme (IEP)

Untuk Kolej MARA, program-program yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Program Diploma International Baccalaureate (IB)
  • Program Cambridge A-Level
  • Program Asasi dan Pra-Universiti
  • Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia

Syarat Kelayakan

3 syarat kelayakan yang dikenakan kepada pemohon yang ingin memasuki kolej ini iaitu:

  1. Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera.
  2. Berumur 18 sehingga 35 tahun.
  3. Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.

Cara Untuk Memohon Kemasukan

Permohonan kemasukan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://hi-edu.my/.
  2. Klik butang ‘Klik Disini Untuk Permohonan KPM.’
  3. Klik bahagian ‘Pengguna Baru.’
  4. Isi semua maklumat yang diperlukan dan klik ‘Hantar.’
  5. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  6. Lengkapkan permohonan dan hantar.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai kemasukan ke kedua-dua kolej ini, sila layari laman web https://hi-edu.my/.

Baca juga: JKPJ JPA: Program Khas Jepun, Korea, Perancis & Jerman 2025

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: