Konsep ABC KPM: Anak Yang Baik Lagi Cerdik

Salah satu konsep yang diterapkan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah melalui konsep Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC).

Konsep ABC ini merangkumi akronim berikut:

  • A-Anak
  • B-Baik
  • C-Cerdik

Konsep ini dibawa oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM), YBhg. Dato’ Haji Pkharuddin bin Haji Ghazali yang menyatakan konsep ini adalah untuk mendidik anak-anak atau murid tersebut itu menjadi anak yang baik lagi cerdik.

Konsep ini juga adalah selaras dengan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Terdapat 5 perkara utama yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu:

  1. Pendidikan Suatu Usaha Berterusan
  2. Memperkembangkan Potensi Individu
  3. Perkembangan Potensi Secara Menyeluruh dan Bersepadu
  4. Insan yang Seimbang dan Harmonis
  5. Kepercayaan dan Kepatuhan kepada Tuhan

Teras Utama KPM

Selain selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, konsep ABC juga adalah selari dengan 7 teras utama KPM di dalam sistem pendidikan negara iaitu:

  1. Komunikasi antara kementerian dan sekolah lebih cekap dan telus.
  2. Memberi penekanan kepada aspek karamah insaniah iaitu pembentukan adab, akhlak dan integriti.
  3. Kemiskinan berbilang dimensi B40: Malnutrisi, peranti dan ruang belajar.
  4. Keciciran pendidikan dan masalah literasi dan rapatkan kesenjangan pendidikan.
  5. Kebajikan guru sebagai teras keberkesanan penyampaian pendidikan.
  6. Ubah suai dan naik taraf sekolah daif terutama Sabah dan Sarawak.
  7. Peningkatan keupayaan pendidikan digital di sekolah.

Matlamat Utama ABC KPM

Matlamat utama konsep ini diwujudkan adalah untuk mencapai perkara-perkara seperti dalam rajah di bawah:

Program Yang Dijalankan Selari Dengan Konsep ABC KPM

Program yang dijalankan untuk mencapai matlamat konsep ini adalah seperti berikut:

  • Program yang dijalankan meningkatkan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak-anak.
  • Penglibatan komuniti dengan sekolah seperti yang termaktub dalam Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
  • Menasihatkan agar ibu bapa tidak bersikap lepas tangan dan menyerahkan tanggungjawab pendidikan sepenuhnya kepada para guru dan sekolah.
  • Memastikan usaha yang dimulakan di sekolah akan diteruskan apabila anak murid pulang ke rumah supaya proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat dilakukan secara berterusan.

Sumber: https://www.buletintv3.my/nasional/ekslusif-kebersamaan-keterbukaan-perlu-diterapkan-dalam-kalangan-warga-pendidik/ dan https://dewanmasyarakat.jendeladbp.my/2023/02/19/12421/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: