Konvokesyen UiTM Ke-100: Tarikh & Jadual Sidang
Graduan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang bakal bergraduasi boleh menyemak tarikh dan jadual sidang bagi Konvokesyen UiTM ke-100.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai konvokesyen ini.
Tarikh Konvokesyen UiTM Ke-100
Istiadat ini akan berlangsung bermula pada 13 November hingga 12 Disember 2024 mengikut jadual seperti berikut:
- UiTM Shah Alam – 13 November hingga 28 November 2024
- UiTM Cawangan Sarawak – 4 Disember hingga 5 Disember 2024
- UiTM Cawangan Sabah – 11 Disember hingga 12 Disember 2024
Tempat Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-100
Istiadat konvokesyen ini akan berlangsung di 3 tempat iaitu:
i) Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam
Melibatkan penganugerahan ijazah dan diploma kepada graduan:
- Ijazah doktor falsafah dan ijazah sarjana – Semua UiTM Cawangan.
- Diploma lepasan ijazah, ijazah sarjana muda, profesional dan diploma- UiTM Shah Alam, UiTM Cawangan Selangor, UiTM Cawangan Perak, UiTM Cawangan Pahang, UiTM Cawangan Kelantan, UiTM Cawangan Johor, UiTM Cawangan Kedah, UiTM Cawangan Melaka, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, UiTM Cawangan Pulau Pinang, UiTM Cawangan Perlis, UiTM Cawangan Terengganu dan kolej-kolej bersekutu UiTM (di Semenanjung Malaysia).
ii) Dewan Jubli, UiTM Cawangan Sarawak
Melibatkan penganugerahan ijazah dan diploma kepada graduan ijazah sarjana muda dan diploma sahaja dari UiTM Cawangan Sarawak dan dan kolej-kolej bersekutu UiTM (di Sarawak).
iii) Dewan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Sabah
Melibatkan penganugerahan ijazah dan diploma kepada graduan ijazah sarjana muda dan diploma sahaja dari UiTM Cawangan Sabah.
Yuran Konvokesyen
Yuran konvokesyen yang perlu dibayar mengikut peringkat pengajian adalah seperti berikut:
- Ijazah doktor falsafah – RM230.00
- Ijazah sarjana – RM210.00
- Diploma lepasan ijazah/ ijazah sarjana muda/ program profesional (kod 5xx) – RM175.00
- Diploma – RM150.00
Jadual Sidang
Jadual sidang bagi konvokesyen ini boleh dirujuk menerusi jadual di bawah:
Jadual Pengambilan Jubah
Untuk pengambilan jubah, graduan dinasihatkan untuk merujuk jadual berikut:
Semakan Sesi Konvokesyen
Graduan boleh menyemak sesi konvokesyen di pautan https://simsweb.uitm.edu.my/sportal_app/graduat.
Masukkan student ID, no kad pengenalan, dan nama diikuti dengan ‘klik’ butang search.
Soalan Lazim
konvokesyen?
Ya, graduan yang tidak menghadiri istiadat konvokesyen perlu membayar yuran konvokesyen penuh untuk mendapatkan skrol (sijil), transkrip rasmi dan album skrol
(folder).
perlu membayar kedua-dua yuran konvokesyen?
Ya, kedua-dua yuran perlu dibayar untuk mendapatkan skrol (sijil), transkrip rasmi dan
album skrol (folder).
Konvokesyen UiTM ke-100 (menumpang) ke istiadat konvokesyen yang
berikutnya (Istiadat Konvokesyen UiTM ke-101)?
Penangguhan menghadiri Istiadat Konvokesyen ke-100 (menumpang) ke istiadat
konvokesyen yang berikutnya boleh dipertimbangkan tertakluk kepada justifikasi yang
kukuh seperti bersalin, sakit, menjalani pembedahan, kematian, mengerjakan umrah/
haji, berkahwin, bekerja di luar kawasan/ menduduki peperiksaan/ menghadiri seminar/
latihan atau bencana alam. Permohonan penangguhan boleh diisi melalui pautan
di laman sesawang konvokesyen.uitm.edu.my mulai 4 November 2024 hingga 31
Dismber 2024. Dokumen sokongan seperti sijil cuti sakit, sijil kematian, surat jemputan
umrah/ haji/ kad jemputan perkahwinan atau surat arahan rasmi bekerja di luar kawasan/ jadual peperiksaan / menghadiri seminar/ latihan serta resit bayaran yuran
konvo dan lain-lain yuran tertunggak (jika ada) perlu dimuat naik di pautan yang sama.
Istiadat Konvokesyen UiTM ke-102 (Sesi Mei 2025) dibenarkan menghadiri
Istiadat Konvokesyen UiTM ke-100 (Sesi Mei 2024) bagi menerima ijazah atau
diploma?
Graduan sesi konvo di hadapan, iaitu Istiadat Konvokesyen UiTM ke-101 (Sesi
November 2024) atau Istiadat Konvokesyen UiTM ke-102 (Sesi Mei 2025), tidak
dibenarkan hadir untuk menerima ijazah atau diploma pada sesi konvokesyen
sebelumnya. Graduan hendaklah menghadiri istiadat konvokesyen mengikut sesi
konvokesyen yang ditetapkan sepertimana yang telah disahkan dalam Senat UiTM.
borang jubah? Bagaimanakah saya boleh mendapatkan borang jubah?
Graduan menumpang tidak boleh mencetak borang melalui sistem kerana sesi
konvokesyen telah berlalu. Graduan menumpang akan diberikan borang manual
semasa pendaftaran jubah. Graduan menumpang akan diberikan nombor giliran
baharu. Sila semak senarai nama graduan mengikut sidang kampus, fakulti dan
program di laman web konvokesyen apabila senarai nama graduan telah dikeluarkan.
Graduan TIDAK DIBENARKAN menukar lokasi istiadat konvokesyen. Graduan
hendaklah hadir istiadat konvokesyen mengikut lokasi yang telah ditetapkan.
dunia? Apakah yang perlu dilakukan oleh waris?
Waris dibenarkan menghadiri istiadat konvokesyen untuk menerima diploma atau
ijazah graduan yang telah meninggal dunia. Waris perlu menghubungi pegawai yang
bertanggungjawab (PIC) program graduan dengan segera jika waris ingin menghadiri
istiadat konvokesyen graduan.
dibenarkan masuk ke dalam dewan?
Graduan dibenarkan hadir bersama keluarga. Walau bagaimanapun, hanya DUA (2)
orang tetamu (ibu bapa/ ahli keluarga) yang berumur 12 tahun dan ke atas sahaja
yang dibenarkan masuk ke dalam dewan. Ahli keluarga lain boleh duduk di tempat yang disediakan di hadapan dewan atau di Foyer Aras BL, Parkir Bertingkat DATC.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai Konvokesyen UiTM ke-100, sila layari laman web https://konvokesyen.uitm.edu.my/v2/index.php/istiadat-konvokesyen?fbclid=IwY2xjawGH-JpleHRuA2FlbQIxMAABHZt92GBYmOHwgBM5ol1YVlP7_r_DH9KU1WmMa2b5EqTG3B_RFfaMQYIoHg_aem_9pR3E6jvZvPcTw0Nd4GApg.
Baca juga: UiTM Endowment Scholarship: Biasiswa Wakaf UiTM 2024