Konvokesyen UTM ke-68: Tarikh & Jadual Sidang
Konvokesyen UTM ke-68 bakal berlangsung dalam bulan November nanti dan para graduan dikehendaki mengambil perhatian terhadap tarikh dan jadual konvokesyen tersebut.
Untuk maklumat dan info mengenai konvokesyen ini, sila rujuk kepada maklumat di bawah.
Tarikh Konvokesyen UTM Ke-68
Tarikh konvokesyen bagi UTM bagi yang ke-68 adalah pada 16 HINGGA 21 NOVEMBER 2024.
Tempat Konvokesyen UTM Ke-68
Konvokesyen ini akan diadakan di Dewan Sultan Iskandar, Johor Bahru, yang merupakan dewan utama di UTM.
Dewan tersebut dinamakan sempena Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, Canselor UTM kedua.
Dewan itu juga telah dirasmikan oleh Canselor UTM ketiga pada 3 Disember 1989.
Jadual Sidang Konvokesyen UTM Ke-68
Jadual sidang konvokesyen ini adalah seperti berikut:
- Sesi Pertama : 16 November 2024 (Sabtu) Pascasiswazah – Doktor Falsafah
- Sesi Ke-2 : 17 November 2024 (Pagi Ahad) Pascasiswazah – Doktor Falsafah & Ijazah Sarjana
- Sesi Ke-3 : 17 November 2024 (Petang Ahad) Pascasiswazah – Ijazah Sarjana
- Sesi Ke-4 : 18 November 2024 (Pagi Isnin) Pascasiswazah & Sarjana Muda – Ijazah Sarjana & Ijazah Sarjana Muda
- Sesi Ke-5 : 18 November 2024 (Malam Isnin) Sarjana Muda & Ijazah Sarjana Muda
- Sesi Ke-6 : 19 November 2024 (Pagi Selasa) Sarjana Muda- Ijazah Sarjana Muda
- Sesi Ke-7 : 19 November 2024 (Petang Selasa) Sarjana Muda – Ijazah Sarjana Muda
- Sesi Ke-8 : 20 November 2024 (Pagi Rabu) Sarjana Muda – Ijazah Sarjana Muda
- Sesi Ke-9 : 20 November 2024 (Malam Rabu) Sarjana Muda – Ijazah Sarjana Muda
- Sesi Ke-10 : 21 November 2024 (Pagi Khamis) Sarjana Muda – Ijazah Sarjana Muda & Diploma
- Sesi Ke-11 : 21 November 2024 (Petang Khamis) Sarjana Muda – Diploma
Yuran Konvokesyen
Yuran konvokesyen yang dikenakan kepada para graduan adalah seperti berikut:
- Pascasiswazah (Ph.D dan Sarjana) – RM250.00
- Ijazah Sarjana Muda – RM220.00
- Diploma – RM200.00
Pendaftaran Konvokesyen
Pendaftaran konvokesyen ini boleh dibuat menerusi pautan https://ekonvo.utm.my/login.
Soalan Lazim
Tiada raptai istiadat akan diadakan. Semua graduan PERLU menonton video raptai yang disediakan di laman web konvokesyen. Di samping itu, akan ada pengumuman penting yang dibuat dalam video tersebut.
Graduan mestilah bebas daripada sebarang hutang dan mestilah melengkapkan Graduate Tracer Study.
Graduan boleh meminta wakil untuk mengambil pakaian konvokesyen dengan melengkapkan butiran di sistem I-Convo. Wakil hendaklah membawa Slip Jubah Konvokesyen semasa pengambilan jubah. Wakil boleh mengambil 1 jubah sahaja.
Hanya 2 orang sahaja dibenarkan menghadiri majlis konvokesyen dengan syarat-syarat berikut:
– 12 tahun ke atas
– Berpakaian yang sesuai mengikut kod pakaian.
Pas Kemasukan akan diberikan selepas graduan mengambil jubah di Ruang Pucuk Rebung (RPR).
Ya. Graduan dibenarkan menghadiri majlis konvokesyen seterusnya tertakluk kepada ketersediaan dan kelulusan daripada pihak universiti. Apabila tarikh majlis konvokesyen diumumkan oleh pihak universiti, graduan boleh mengemukakan permohonan rasmi kepada [email protected] yang dilampirkan bersama bukti. Untuk pengetahuan, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan UTM telah meluluskan graduan hanya dibenarkan menangguhkan menghadiri Istiadat Konvokesyen sebanyak 2 kali sahaja.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai Majlis Konvokesyen UTM ke-68, sila layari laman web https://convocation.utm.my/conferment/.