KOMTEP: Korea-Malaysia Teacher Exchange Programme 2025

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Profesionalisme Guru (BPG) mempelawa guru yang berminat untuk menyertai Korea-Malaysia Teacher Exchange Programme (KOMTEP) 2025.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai program ini.
Mengenai Korea-Malaysia Teacher Exchange Programme
KOMTEP merupakan program tahunan pembangunan profesionalisme keguruan peringkat antarabangsa yang dilaksanakan bersama oleh Malaysia dan Republik Korea sejak tahun 2014.
Ianya program spesifik yang dilaksanakan bersama-sama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah rangka kerja Asia-Pacific Teacher Exchange for Global Education (APTE) yang dikelolakan oleh UNESCO Asia-Pacific Centre of Education for International Understanding (APCEIU) bagi pihak Kementerian Pendidikan Republik Korea yang dilaksanakan bersama-sama negara yang terlibat.
Empat matlamat utama KOMTEP ialah untuk mempelajari sistem pendidikan, mendalami kefahaman kebudayaan, membangunkan kompetensi komunikasi antara budaya dalam pengajaran serta memperkukuh jaringan dan jalinan dalam bidang pendidikan antara kedua-dua negara.
Pada sepanjang pelaksanaan program ini dari tahun 2014 hingga 2024, KOMTEP telah meningkatkan keupayaan profesionalisme keguruan kepada 103 orang guru Malaysia dan 99 orang guru Republik Korea di samping memberi manfaat yang luas kepada seluruh komuniti pendidikan di kedua-dua negara.

Pelaksanaan KOMTEP
Program ini dilaksanakan menerusi Program outbound (untuk guru Malaysia ke Korea) yang akan bermula pada 25 Ogos 2025 hingga 22 November 2025 (89 hari).
Lokasi penempatan guru Malaysia adalah di Wilayah Seoul, Gyeongnam, Gangwon dan Gyeongbuk, Korea.
Pemilihan sekolah diuruskan oleh MOE Korea dengan kerjasama UNESCO APCEIU dan bilangan guru Malaysia adalah seramai 8 orang.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan program ini adalah seperti berikut:
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam laluan PdP yang sedang berkhidmat sebagai guru akademik di sekolah rendah atau sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia;
- Telah disahkan dalam jawatan;
- Telah berkhidmat sebagai guru akademik selama sekurang-kurangnya lima
tahun; - Sedang menjawat gred DG12 (DG48) dan ke bawah pada 1 Julai 2025;
- Mencapai purata markah minimum Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)
85% bagi tempoh tiga tahun berturut-turut (2022, 2023 & 2024) dalam skim
perkhidmatan terkini; - Mempunyai kelayakan akademik sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda
daripada universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan; - Mempunyai kelayakan ikhtisas keguruan atau sedang mengajar subjek berikut:
– Sekolah rendah: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau Pendidikan Muzik
– Sekolah menengah: Bahasa Inggeris, TVET, STEM, atau Sejarah - Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik. Kemahiran berbahasa
Korea adalah satu kelebihan; - Tidak pernah menerima sebarang bentuk penajaan dalam tempoh setahun
daripada mana-mana badan kerajaan di Korea; - Berupaya dengan cemerlang untuk:
– Merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
mengikut kurikulum dengan kolaborasi bersama-sama guru pembimbing;
– Memperkenalkan sistem pendidikan dan kebudayaan negara masing-masing kepada murid dan guru di sekolah tuan rumah sebagai pengisian kefahaman antara budaya;
– Menyediakan cadangan dan melaksanakan projek individu yang bertunjang elemen Global Citizenship Education;
– Mengemukakan hasil tugasan termasuk laporan akhir kepada pihak penganjur; dan
– Menyertai dalam aktiviti pendidikan lain anjuran sekolah tuan rumah, UNESCO APCEIU dan KPM bagi meningkatkan jalinan persefahaman antara Malaysia dan Korea. - Bersih daripada sebarang pertuduhan/ tindakan tatatertib/ dakwaan mahkamah;
- Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh lima (5) tahun terkini;
- Bukan peminjam tegar pinjaman pelajaran atau bukan dalam senarai hitam Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau badan penaja lain;
- Tidak disenarai hitam oleh Kerajaan Malaysia dan/atau Kerajaan Republik Korea yang menyebabkan saya dihalang untuk keluar atau masuk ke negara berkenaan; dan
- Tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan serta kecacatan fizikal dan
mental.
Tatacara Permohonan
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berminat dikehendaki membaca syarat permohonan pada Lampiran B.
- Pemohon perlu memuat turun Borang Permohonan dan lampiran berkaitan
yang disediakan secara dalam talian pada pautan
https://bit.ly/MohonKOMTEP2025. - Pemohon diwajibkan untuk memuat naik dokumen dalam format PDF dan
disatukan dalam satu dokumen bertajuk “NAMA PEMOHON_KOMTEP2025”
bagi dokumen berikut:
– Borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap;
– Cadangan projek individu yang mengintegrasikan kandungan pengajaran dan kebudayaan Malaysia untuk dilaksanakan bersama-sama sekolah tuan rumah di Korea. Cadangan ini mesti dibuat dalam bentuk bertulis dengan grafik atau gambar yang berkaitan (Format PDF);
– Lampiran D: Pengakuan Pemohon dan Perakuan Ketua Jabatan; dan
– Lampiran E: Medical Examination Report for Teacher Professionalism
Development Activities - Untuk pengenalan diri, cadangan projek individu dan kandungan lain yang relevan dan menarik untuk memaparkan kelebihan diri, pemohon perlu menyediakan video pendek berdurasi 2 minit 30 saat (maksimum) di YouTube (DALAM BAHASA INGGERIS). Hanya pautan akses video yang perlu dikongsi dalam Google Form.
- Imbas (scan) dengan jelas semua dokumen dalam format PDF; dan
- Muat naik (upload) dokumen (perkara no.3) dan kongsikan pautan akses video YOUTUBE di pautan berikut https://bit.ly/KOMTEP2025_uploadform sebelum atau pada 20 Jun 2025 (Jumaat). Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut di kira lewat dan tidak akan diproses.
- Pemohon tidak perlu menghantar sebarang dokumen dalam bentuk salinan fizikal. Segala urusan permohonan dijalankan secara dalam talian.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai program ini, sila layari laman web KPM iaitu https://www.moe.gov.my.
Baca juga: DPLI UPSI: Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Cuti Sekolah 2025



