KPM eTextBook Reader: Buku Teks Digital Sekolah KPM

Murid-murid di sekolah rendah atau menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini boleh mengakses buku teks digital yang disediakan oleh KPM secara atas talian iaitu KPM eTextBook Reader.

KPM eTextBook Reader dibangunkan oleh KPM menerusi Perbadanan Kota Buku (PKB) bagi memudahkan murid di bawah KPM mendapatkan buku teks sekolah secara digital.

Sistem ini akan membantu murid memuat turun buku teks digital melalui penyediaan piawaian fail EPUB iaitu format fail standard terbuka untuk buku digital yang lebih ringan dan serasi dengan peranti mudah alih.

Tambahan pula, sistem ini bukan hanya boleh diakses melalui laman web tetapi juga boleh diakses melalui aplikasi yang terdapat di Google Play Store dan Apple App Store secara percuma.

Akses Melalui Laman Web

KPM eTextBook Reader diakses melalui laman web melalui langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web iaitu https://textbook.moe.gov.my/login.
  2. Login menggunakan ID dan kata laluan yang diperoleh melalui pihak sekolah.
  3. Klik butang ‘Log Masuk.’
  4. Pilih sekolah dan mata pelajaran yang diingini.

Akses Melalui Aplikasi

Pengguna juga boleh memuat turun melalui aplikasi ini melalui Google Play Store atau Apple App Store seperti langkah-langkah berikut:

  1. Buat carian KPM eTextbook Reader di Google Plat Store dan Apple App Store atau melalui pautan:
    – Download melalui Google PlayStore: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.kotabuku.kpm&hl=en&gl=US|
    – Download App Store: https://apps.apple.com/my/app/kpm-etextbook-reader/id889928729
  2. Install aplikasi tersebut di telefon bimbit.
  3. Login menggunakan ID dan kata laluan yang diperoleh melalui pihak sekolah.
  4. Klik butang ‘Log Masuk.’
  5. Pilih sekolah dan mata pelajaran yang diingini.

Akses Melalui DELIMa

Ibu bapa dan murid juga boleh mengakses buku teks digital ini melalui laman web DELIMa iaitu laman web rasmi yang dioperasikan oleh KPM.

DELIMa merupakan singkatan kepada Digital Educational Learning Initiative Malaysia yang merupakan penjenamaan semula bagi platform MOE Digital Learning yang dibangunkan oleh KPM pasca Frog VLE.

Platform ini merupakan platform tunggal yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh para pendidik dan juga murid untuk belajar secara dalam talian.

Seperti MOE Digital Learning (Google Classroom), DELIMa masih menggunakan platform yang sama iaitu halaman Google Sites sebagai tapak asas bagi platform ini dan guru serta murid boleh mengakses platform DELIMa menggunakan e-mel MOE Digital Learning (DL) yang telah dibekalkan.

Untuk mengakses buku teks digital ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari ke laman web https://delima.moe-dl.edu.my/.
  2. Sila login menggunakan akaun Google yang dibekalkan oleh sekolah (Contoh: [email protected]).
  3. Klik pada ikon ‘Murid.’
  4. Klik pada ‘Buku Teks Digital.’
  5. Pilih subjek buku teks yang diingini.
  6. Pengguna boleh melakukan preview atau download sebagai fail PDF seperti dalam pautan https://drive.google.com/file/d/1hvWeOk-PvX0B_-A41UMKcBfL4AqJBS-c/view

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai KPM eTextBook Reader, sila layari laman web KPM iaitu https://www.moe.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: