KPM PerkasaKU: Program Pemerkasaan Pelaksanaan Kurikulum

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang melaksanakan Program Pemerkasaan Pelaksanaan Kurikulum (KPM PerkasaKU) di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia sehingga akhir Februari 2022.

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid, program KPM PerkasaKU memberi fokus dalam usaha KPM memulihkan tahap penguasaan murid terhadap pembelajaran mereka khususnya ketika negara masih lagi bergelut dengan pandemik COVID-19.

Matlamat umum pelaksanaan KPM PerkasaKU adalah untuk melastarikan sistem pendidikan di dalam negara walaupun dengan situasi yang berbeza.

Apakah Maksu KPM PerkasaKU?

KPM PerkasaKU diformulasikan dengan petikan huruf atau suku kata daripada nama penuh iaitu KPM merujuk kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan PerkasaKU merujuk kepada Program Pemerkasaan Pelaksanaan Kurikulum.

Huruf KU di akhir perkataan tersebut membawa makna Kurikulum dan bagi memperkasakan murid.

Secara umum, program ini dilaksanakan bagi membantu murid untuk memperkasakan kemahiran asas dan tahap pembelajaran mereka.

Objektif Pelaksanaan

Objketif pelaksanaan program ini adalah untuk memastikan:

  • Meningkatkan penguasaan murid bagi kandungan kurikulum dengan lebih optimum.
  • Merapatkan jurang pembelajaran murid akibat pandemik COVID-19.
  • Menyediakan sokongan kurikulum kepada guru-guru bagi menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dalam apa jua mekanisme.
  • Memastikan murid-murid bersedia mengikuti kurikulum tahun persekolahan pada tahun 2022.

Fokus Guru

Bagi guru yang melaksanakan program ini, terdapat 4 fokus utama yang ditetapkan oleh KPM iaitu:

i) Strategi Pengukuhan dan Pengayaan

Strategi ini dilaksanakan untuk merapatkan jurang pembelajaran yang wujud akibat kekangan semasa pelaksanaan PDPR akibat penutupan sekolah.

ii) Pembugaran Literasi dan Numerasi

Strategi ini dilaksanakan bagi membantu murid, guru, dan ibu bapa mengukuhkan kemahiran literasi dan numerasi sesuai dengan tahap keupayaan murid terutamanya melibatkan tahun 1, 2, dan 3.

iii) Pemantapan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah

Proses ini adalah proses berterusan bagi mengenal pasti dan merekod perkembangan dan kemajuan dan pencapaian murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

iv) Penyediaan Platform Bahan Pengajaran dan Pembelajaran

Satu sistem penyimpanan bahan pengajaran dan pembelajaran diwujudkan untuk mengurus dan menyimpan akses bahan pembelajaran.

Sumber pembelajaran ini dimuat naik melalui platform DELIMa KPM iaitu platform yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh para murid.

Selain itu, guru dan murid juga boleh mengakses sumber pelajaran mengerusi SumberKU ialah satu sistem penyimpanan digital yang mengurus, menyimpan serta menyediakan akses kepada sumber dan koleksi bahan PdP digital dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah.

Pelaksanaan Program

Pelaksanaan Program KPM PerkasaKU ini dilaksanakan mulai 1 September 2021 sehingga 28 Februari 2022.

Untuk pembelajaran yang mencapai peringkat asas kurikulum sebanyak 70%, para guru boleh meneruskan pembelajaran dan pengajaran yang sedang dilaksanakan atau menggunakan pendekatan yang bersesuaian.

Bagi guru yang belum mencapai peringkat sebanyak 70%, beberapa kaedah bersesuaian boleh dilaksanakan seperti:

  • Pendekatan Bertema
  • Pendekatan Modular
  • Pembelajaran Bersasaskan Projek
  • Pembelajaran Terbeza
  • Simulasi Amali


Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, sila layari laman web KPM iaitu https://www.moe.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: