Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika KEMAS) 2024
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) telah membuka permohonan untuk mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika KEMAS) bagi tahun 2024.
Untuk makluman, Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika KEMAS) akan diadakan di institut/Pusat Latihan KEMAS.
Kursus ini bukanlah satu jaminan kepada calon untuk dilantik sebagai kakitangan kontrak (contract of service) KEMAS namun sekiranya dilantik, calon akan ditempatkan mengikut keperluan dan kekosongan
di Semenanjung Malaysia sahaja.
Permohonan boleh dibuat mulai 3 November 2023 (Jumaat) hingga 17 November 2023 (Jumaat).
Tempoh Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Tempoh kursus ini adalah selama 3 bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh pihak jabatan.
Syarat Permohonan
Pemohon yang berminat perlu memenuhi syarat permohonan berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan.
- Mempunyai Diploma akademik dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan.
- Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Terbuka kepada calon lelaki atau perempuan.
- Telah menamatkan pengajian dan mempunyai skrol Diploma serta transkrip (telah selesai majlis konvokesyen).
- Tidak berkhidmat sebagai kakitangan lantikan tetap atau kontrak (contract of service) dalam perkhidmatan Kerajaan.
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian di pautan https://kis.kemas.gov.my/ mulai 3 November 2023.
Permohonan yang lewat diterima atau tidak mengikut syarat permohonan akan ditolak dan hanya permohonan yang dibuat secara dalam talian sahaja yang akan diproses.
Panggilan Temu Duga
Pemohon yang layak sahaja akan dipanggil untuk peringkat seterusnya iaitu sesi temuduga.
Pemohon yang tidak dihubungi selepas 2 bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai i Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika KEMAS) bagi tahun 2023, sila layari laman web https://kis.kemas.gov.my/.